1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:27,875 --> 00:00:30,666
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

4
00:00:37,500 --> 00:00:39,208
Saya pernah hampir berkahwin.

5
00:00:52,833 --> 00:00:55,375
Saya mencintai Wentworth,

6
00:01:10,666 --> 00:01:13,333
tapi dia kelasi yang tak berpangkat

7
00:01:13,916 --> 00:01:14,958
dan tak berharta,

8
00:01:16,666 --> 00:01:19,041
dan saya dipujuk supaya meninggalkannya.

9
00:01:28,000 --> 00:01:32,916
BERDASARKAN NOVEL KARYA JANE AUSTEN

10
00:01:33,000 --> 00:01:35,541
Kini, saya membujang dan sihat sejahtera.

11
00:01:36,250 --> 00:01:38,875
Saya habiskan masa
dengan meminum wain mewah,

12
00:01:40,166 --> 00:01:42,583
berendam di dalam air panas

13
00:01:44,625 --> 00:01:47,125
dan bertelangkup di atas katil.

14
00:01:49,583 --> 00:01:51,708
Bak kata saya tadi, sihat sejahtera.

15
00:01:53,875 --> 00:01:55,375
Apa gunanya asmara

16
00:01:55,458 --> 00:01:57,083
kalau kita ada…

17
00:01:57,583 --> 00:01:58,416
keluarga?

18
00:01:58,500 --> 00:02:03,000
RUMAH KELLYNCH

19
00:02:16,041 --> 00:02:17,041
Ayah saya.

20
00:02:17,875 --> 00:02:20,833
Dia suka semua permukaan yang berkilat.

21
00:02:21,875 --> 00:02:25,500
Dia riak pada waktu pagi
dan pada waktu malam.

22
00:02:26,083 --> 00:02:27,083
Juga siang hari.

23
00:02:27,583 --> 00:02:28,958
"Sir Walter Elliot,

24
00:02:29,041 --> 00:02:31,375
lahir pada 1 Mac 1760.

25
00:02:31,458 --> 00:02:32,875
Dia dipandang tinggi,

26
00:02:32,958 --> 00:02:35,750
dan terkenal dengan bentuk rahang
yang bersegi."

27
00:02:38,833 --> 00:02:40,166
Dia satu-satunya orang

28
00:02:40,250 --> 00:02:43,541
yang dia hormati dan kasihi.

29
00:02:46,166 --> 00:02:49,416
Kita hanya boleh
meninggalkan keluarga dengan dua cara,

30
00:02:49,500 --> 00:02:51,583
perkahwinan dan kematian.

31
00:02:53,583 --> 00:02:56,291
Kedua-duanya tak mungkin berlaku
dalam masa terdekat ini.

32
00:02:56,375 --> 00:02:59,333
"Berkahwin dengan Jane pada 15 Julai."

33
00:02:59,416 --> 00:03:00,500
Ibu saya.

34
00:03:02,500 --> 00:03:03,500
Saya merinduinya.

35
00:03:03,583 --> 00:03:05,166
"Jane meninggal dunia pada 1801.

36
00:03:05,250 --> 00:03:08,875
Bersama Sir Walter,
mereka dikurniakan tiga orang anak."

37
00:03:08,958 --> 00:03:10,458
Adik-beradik saya.

38
00:03:10,541 --> 00:03:12,833
"Elizabeth, wanita jelita terkenal

39
00:03:12,916 --> 00:03:16,750
dan tokoh fesyen terbaharu di Somerset."

40
00:03:17,250 --> 00:03:19,416
Elizabeth, anak sulung.

41
00:03:19,500 --> 00:03:21,666
"Mary, isteri Charles Musgrove,

42
00:03:21,750 --> 00:03:25,083
waris estet Uppercross yang berjaya."

43
00:03:25,166 --> 00:03:26,958
Mary, anak bongsu…

44
00:03:27,041 --> 00:03:30,208
"Akhir sekali,
Anne, lahir pada 9 Ogos 1787."

45
00:03:35,125 --> 00:03:37,916
…dan akhir sekali, saya, anak tengah,

46
00:03:38,000 --> 00:03:39,916
cela pada cerminnya.

47
00:03:40,583 --> 00:03:44,000
Malangnya, tiada pujian
yang dapat ditulis tentang kamu.

48
00:03:44,666 --> 00:03:46,875
- Terima kasih kerana mencuba.
- Sama-sama.

49
00:03:46,958 --> 00:03:50,708
Kakak tak mahu masukkan nama kamu,
tapi nanti orang ingat kamu dah mati pula.

50
00:03:53,666 --> 00:03:55,208
- Pengutip hutang.
- Ayah.

51
00:03:56,208 --> 00:03:57,041
Ayah!

52
00:03:58,000 --> 00:04:01,833
Perkara kedua yang ayah saya suka
selain dirinya ialah berbelanja.

53
00:04:01,916 --> 00:04:04,833
Wang memang pasti akan habis akhirnya.

54
00:04:04,916 --> 00:04:07,583
- Ayah.
- Ayah awak dah pokai, sayang.

55
00:04:07,666 --> 00:04:09,208
Masa berseronok dah tamat.

56
00:04:16,791 --> 00:04:19,000
Sabarlah, Sir Walter.

57
00:04:19,500 --> 00:04:22,333
Ramai orang yang berhutang
dalam hidup mereka.

58
00:04:22,416 --> 00:04:25,375
Awak terpaksa berhentikan pekerja awak.

59
00:04:25,458 --> 00:04:29,750
Ini pelan ekonomi yang terperinci.
Saya gariskan pengurangannya.

60
00:04:29,833 --> 00:04:33,833
Ini rakan karib ibu
yang sentiasa berterus terang.

61
00:04:34,458 --> 00:04:38,833
Lady Russell suka memberikan nasihat
tentang semua topik tanpa diminta.

62
00:04:39,583 --> 00:04:42,041
Amat jelas dan membantu,

63
00:04:44,625 --> 00:04:49,041
kecuali tentang satu perkara.

64
00:04:49,791 --> 00:04:53,041
Sesetengah orang tiada rumah atau makanan.

65
00:04:53,541 --> 00:04:55,208
Cubalah berfikir sewajarnya.

66
00:04:55,750 --> 00:04:56,625
En. Shepherd,

67
00:04:56,708 --> 00:05:00,458
kalau saya mahu berfikir sewajarnya
dari sudut orang miskin,

68
00:05:00,541 --> 00:05:03,083
saya akan minta awak beri saya diskaun.

69
00:05:03,833 --> 00:05:06,708
Jangan suruh saya lihat
dari sudut yang berbeza.

70
00:05:06,791 --> 00:05:10,333
Awak cuba lihat dari sudut pandangan saya
dan buat perubahan.

71
00:05:11,208 --> 00:05:13,875
Mungkin kita perlu kurangkan derma.

72
00:05:13,958 --> 00:05:15,166
Kita ada bagi derma?

73
00:05:16,166 --> 00:05:18,208
Jane tentu akan rasa malu.

74
00:05:18,291 --> 00:05:22,458
Dia minta saya lindungi anak-anaknya
daripada keborosan ayahnya,

75
00:05:22,541 --> 00:05:24,250
tapi saya telah gagal.

76
00:05:24,333 --> 00:05:26,291
Keangkuhan akan buat keluarga awak muflis.

77
00:05:26,375 --> 00:05:27,208
Ayah,

78
00:05:28,625 --> 00:05:31,541
reputasi sebenar datang

79
00:05:31,625 --> 00:05:34,708
daripada kejujuran,
integriti, belas kasihan

80
00:05:34,791 --> 00:05:37,500
dan kebertanggungjawaban
atas kebajikan orang lain.

81
00:05:37,583 --> 00:05:41,791
Anne, jumlahnya besar.
Cubalah faham masalahnya.

82
00:05:41,875 --> 00:05:46,083
Apa kata awak kurangkan keperluan awak
dan pindah ke tempat lebih murah?

83
00:05:46,666 --> 00:05:48,541
Bath indah

84
00:05:48,625 --> 00:05:51,875
dan spa di sana
boleh mencantikkan kulit kita.

85
00:05:51,958 --> 00:05:53,541
Rumah Kellynch bagaimana?

86
00:05:53,625 --> 00:05:56,125
Ada seorang pegawai tentera laut kaya

87
00:05:56,208 --> 00:05:59,541
yang sanggup habiskan banyak wang
untuk sewa rumah awak.

88
00:05:59,625 --> 00:06:02,541
Saya tak mahu tentera laut
di dalam rumah saya.

89
00:06:03,416 --> 00:06:06,541
- Mereka semua hodoh.
- Laksamana Croft agak kacak.

90
00:06:06,625 --> 00:06:07,958
Laksamana?

91
00:06:08,041 --> 00:06:12,916
Tentera Laut British tak berhak
beri pangkat kepada orang kebanyakan.

92
00:06:13,000 --> 00:06:15,250
Pangkat ialah kurniaan Tuhan.

93
00:06:15,333 --> 00:06:18,125
Hilanglah nilai pangkat
jika ia perlu diperoleh.

94
00:06:18,208 --> 00:06:20,750
Samalah seperti nilai benda-benda lain.

95
00:06:20,833 --> 00:06:23,208
Laksamana Croft sangat budiman.

96
00:06:24,458 --> 00:06:28,833
Isterinya ada sebut tentang adiknya
yang tinggal dalam kalangan kita dulu.

97
00:06:28,916 --> 00:06:31,166
Dia juga pegawai tentera laut.

98
00:06:31,250 --> 00:06:33,875
Siapa namanya? Wellington?

99
00:06:33,958 --> 00:06:35,708
Weathers? Winslow?

100
00:06:35,791 --> 00:06:36,916
Bukan Wentworth?

101
00:06:37,000 --> 00:06:39,333
- Wentworth? Ya.
- Anne.

102
00:06:41,375 --> 00:06:44,666
Sebenarnya, saya pun
dah hampir lupa tentang dia.

103
00:06:44,750 --> 00:06:48,250
- Bath elok tak untuk kulit saya?
- Ya.

104
00:06:49,458 --> 00:06:50,291
Ya.

105
00:06:53,083 --> 00:06:56,791
Sayang, tujuh tahun dah berlalu.

106
00:06:56,875 --> 00:06:57,708
Lapan.

107
00:06:59,500 --> 00:07:01,750
Tak mungkin kamu masih lagi…

108
00:07:01,833 --> 00:07:02,833
Saya masih lagi.

109
00:07:05,500 --> 00:07:08,625
Frederick Wentworth satu-satunya orang,

110
00:07:08,708 --> 00:07:10,666
selain mak cik dan ibu,

111
00:07:10,750 --> 00:07:12,708
yang benar-benar kenal…

112
00:07:15,000 --> 00:07:16,625
faham…

113
00:07:18,208 --> 00:07:19,208
dan mencintai saya.

114
00:07:21,500 --> 00:07:25,541
- Dengan dia sajalah yang saya mahu…
- Bertukar kad nama?

115
00:07:27,666 --> 00:07:28,750
Yalah.

116
00:07:35,333 --> 00:07:38,583
Mak cik tipu dengan mengatakan
yang masa penawar derita.

117
00:07:39,333 --> 00:07:42,791
- Kamu marah mak cik.
- Saya marah diri sendiri.

118
00:07:43,500 --> 00:07:46,333
Kerana termakan pujukan,

119
00:07:47,666 --> 00:07:51,000
dan tak nampak
kebenaran yang kini jelas bagi saya.

120
00:07:54,708 --> 00:07:58,791
Yakni, saya pasti jauh lebih gembira
jika saya bersamanya

121
00:07:58,875 --> 00:08:00,958
berbanding selepas meninggalkannya.

122
00:08:03,791 --> 00:08:07,041
Hakikatnya, perkahwinan
hanya urusan timbal balik bagi wanita.

123
00:08:07,125 --> 00:08:09,750
Ia perlu demi keperluan asas kita.

124
00:08:10,250 --> 00:08:14,750
Mak cik tak boleh biar kamu mengahwini
lelaki yang tiada pangkat atau harta,

125
00:08:14,833 --> 00:08:16,833
dan cuma harapkan jati dirinya.

126
00:08:16,916 --> 00:08:18,708
Sebab itulah saya menyukainya.

127
00:08:19,625 --> 00:08:22,416
Lagipun, dia berhak berasa yakin
dengan dirinya.

128
00:08:22,500 --> 00:08:24,416
Dia dah kaya sekarang,

129
00:08:24,500 --> 00:08:25,833
dan berpangkat kapten.

130
00:08:27,833 --> 00:08:29,958
Tapi kenapa dia tak hubungi kamu?

131
00:08:33,666 --> 00:08:34,625
Kerana…

132
00:08:36,583 --> 00:08:38,041
Saya yang kecewakan dia,

133
00:08:39,125 --> 00:08:40,541
dan dia tahu puncanya.

134
00:08:41,208 --> 00:08:45,166
Mak cik cuma mahu melindungi kamu,
tapi mak cik dah buat silap.

135
00:08:45,250 --> 00:08:46,750
Mak cik sedar sekarang.

136
00:08:47,583 --> 00:08:48,666
Maafkan mak cik.

137
00:08:52,500 --> 00:08:56,291
Kamu akan jumpa jodoh kamu.

138
00:08:56,833 --> 00:08:59,583
Seseorang yang sanggup berjuang demi kamu.

139
00:09:04,833 --> 00:09:07,166
Mak cik kagumi keutuhan pendirian kamu,

140
00:09:07,250 --> 00:09:10,333
tapi akhirnya, kamu perlu teruskan hidup.

141
00:09:11,125 --> 00:09:14,166
Malangnya, Wentworth hanya kisah silam,

142
00:09:14,250 --> 00:09:19,083
jadi ini nasihat mak cik untuk kamu,
lupakanlah dia.

143
00:09:41,583 --> 00:09:43,708
Benar, surat pun dia tak hantar.

144
00:09:44,291 --> 00:09:47,666
Tapi saya memang dah agak.

145
00:09:52,541 --> 00:09:54,958
Egonya takkan membenarkan dia merayu.

146
00:09:55,666 --> 00:09:57,500
Dia tak memperjuangkan cintanya

147
00:09:58,791 --> 00:10:02,125
kerana dia tak dapat menghargai
cinta yang bukan percuma.

148
00:10:03,375 --> 00:10:05,541
Dia tentu sudah melupakan saya.

149
00:10:08,708 --> 00:10:11,000
Sebaliknya, saya pula

150
00:10:11,958 --> 00:10:14,708
yang menanggungnya selama ini.

151
00:10:20,041 --> 00:10:22,541
Ini nota pertamanya kepada saya di gereja.

152
00:10:25,375 --> 00:10:27,000
Senarai lagunya untuk saya.

153
00:10:27,083 --> 00:10:29,041
LAGU CINTA

154
00:10:29,541 --> 00:10:32,083
Sepintal rambutnya,

155
00:10:33,291 --> 00:10:37,000
dan sepintal surai kudanya, Sampson,
yang saya pun tak kenal.

156
00:10:38,625 --> 00:10:40,000
Serta genta ini,

157
00:10:40,875 --> 00:10:43,083
yang mengalunkan bunyi sayu

158
00:10:43,166 --> 00:10:45,416
yang mencerminkan kehibaan saya.

159
00:10:47,291 --> 00:10:48,666
Selama lapan tahun.

160
00:10:50,583 --> 00:10:52,625
Dia dah banyak mengembara.

161
00:10:52,708 --> 00:10:54,833
Tentera laut amat mengaguminya.

162
00:10:57,416 --> 00:11:00,750
"Frederick Wentworth buat untung
dengan kapal Laconia."

163
00:11:01,500 --> 00:11:05,083
"Frederick Wentworth selamatkan
ikan paus yang terdampar

164
00:11:05,166 --> 00:11:07,083
sementara orang ramai menangis."

165
00:11:09,875 --> 00:11:13,416
Namun, masih belum ada
pengumuman perkahwinan.

166
00:11:14,208 --> 00:11:16,000
Tiada apa-apa yang menunjukkan

167
00:11:16,083 --> 00:11:18,958
yang dia menjalinkan hubungan
dengan sesiapa.

168
00:11:20,916 --> 00:11:22,166
Dalam erti kata lain…

169
00:11:24,541 --> 00:11:27,250
harapan memarakkan semangat.

170
00:11:30,833 --> 00:11:34,916
Memandangkan kita akan berpindah,
saya perlu cipta persona baru.

171
00:11:35,000 --> 00:11:40,000
Saya rasa Elizabeth versi Bath
tak seanggun Elizabeth versi London,

172
00:11:40,083 --> 00:11:43,833
tapi tak sebebas Elizabeth versi kampung.

173
00:11:43,916 --> 00:11:45,833
Apa pendapat awak, Penelope?

174
00:11:45,916 --> 00:11:48,208
Awak akan ikut keluarga Elliot?

175
00:11:48,791 --> 00:11:51,000
Saya tak mahu menyusahkan mereka.

176
00:11:51,083 --> 00:11:53,333
Merepeklah. Memang itu pun kerja awak.

177
00:11:53,416 --> 00:11:56,875
Mujurlah saya pun tak mahu pergi
ke mana-mana tanpa awak.

178
00:11:56,958 --> 00:11:58,875
Pn. Penelope Clay,

179
00:11:58,958 --> 00:12:01,750
balu, tapi dia tak pernah
bercerita tentangnya.

180
00:12:01,833 --> 00:12:03,083
Suaminya membosankan,

181
00:12:03,166 --> 00:12:05,458
jadi dia mungkin tak sedar
suaminya dah mati.

182
00:12:06,125 --> 00:12:09,791
Lady Russell risau
yang Pn. Clay mahu memikat ayah saya,

183
00:12:09,875 --> 00:12:12,166
tapi dia bukan cita rasa ayah saya.

184
00:12:12,250 --> 00:12:15,625
Lagipun, ayah saya tak mungkin
menurunkan darjatnya.

185
00:12:15,708 --> 00:12:18,291
Ikutlah kami, kalau ayah awak benarkan.

186
00:12:18,375 --> 00:12:21,791
En. Shepherd, boleh awak izinkan
Penelope mengikuti kami?

187
00:12:24,708 --> 00:12:28,583
Bagus, baik, menawannya awak, Sir Walter.

188
00:12:28,666 --> 00:12:31,333
Awak terlalu pemurah.

189
00:12:32,416 --> 00:12:34,208
Kehadiran awak amat diperlukan

190
00:12:34,291 --> 00:12:37,916
sebagai ganti
kepada wajah-wajah kebanyakan di Bath.

191
00:12:38,000 --> 00:12:41,708
Sir Walter, bukan semua orang
dilahirkan kacak.

192
00:12:42,250 --> 00:12:45,583
Kekacakan awak akan menonjol
dalam kalangan mereka.

193
00:12:46,333 --> 00:12:49,208
Kalau kita biasa saja di London,
di Bath, kita dianggap rupawan.

194
00:12:49,291 --> 00:12:51,208
Cuba bayangkan,

195
00:12:51,708 --> 00:12:55,000
awak dan Elizabeth
tentu secantik dewa-dewi di sana.

196
00:12:58,333 --> 00:13:00,166
Kamu tentu bukan sekadar biasa, Anne.

197
00:13:01,583 --> 00:13:04,083
Apa-apa pun, Anne akan datang lewat sikit.

198
00:13:04,958 --> 00:13:05,791
Apa?

199
00:13:06,625 --> 00:13:08,625
Mary hantar surat.

200
00:13:08,708 --> 00:13:12,000
Dia sakit lagi dan perlukan
bantuan kamu di Uppercross.

201
00:13:12,083 --> 00:13:14,583
Kakak tahu kamu tak sukakan dia.

202
00:13:14,666 --> 00:13:20,458
Tapi orang lain lagi menyampah dengannya,
sebab itulah kamu pilihan terbaik.

203
00:13:23,583 --> 00:13:24,583
Seronoknya.

204
00:13:30,291 --> 00:13:33,250
Sembunyikan cadar mewah
sebelum laksamana itu tiba.

205
00:13:33,333 --> 00:13:35,166
Kakak fikir mereka mahu curi?

206
00:13:35,250 --> 00:13:37,666
Kakak tak suka mereka sentuh cadar kakak.

207
00:13:37,750 --> 00:13:39,375
Ia mungkin bawa tuah.

208
00:13:39,458 --> 00:13:42,875
Sembunyikan lejar.
Ayah tak mahu orang guna identiti ayah.

209
00:13:42,958 --> 00:13:46,041
Orang takkan buat begitu
memandangkan keadaan kewangan ayah.

210
00:13:46,666 --> 00:13:49,416
Cakap baik-baik kepada mereka

211
00:13:49,500 --> 00:13:51,666
supaya jangan dekati taman kakak.

212
00:13:51,750 --> 00:13:53,833
Ya, dan juga pokok hiasan ayah.

213
00:13:53,916 --> 00:13:57,666
Ayah tak suka orang lain menikmatinya.

214
00:13:57,750 --> 00:13:59,125
Guna cadar kasar,

215
00:13:59,208 --> 00:14:02,625
jangan pergi ke taman
dan jangan pandang pokok hiasan.

216
00:14:02,708 --> 00:14:04,500
Ada lagi kata alu-aluan?

217
00:14:04,583 --> 00:14:05,416
Itu saja.

218
00:14:05,500 --> 00:14:10,125
Pastikan setiap bilik bersih
sebelum mereka tiba.

219
00:14:10,208 --> 00:14:13,000
Ayah tak mahu orang kata
rumah kita berhabuk.

220
00:14:41,125 --> 00:14:44,666
Ia lebih mengagumkan
daripada yang dimaklumkan.

221
00:14:45,583 --> 00:14:48,916
Jangan bimbang, kami penyewa yang baik.

222
00:14:50,083 --> 00:14:54,416
- Awak selalu ikut suami mengembara?
- Ya. Sesiapa pun tak menghalang.

223
00:14:55,416 --> 00:14:57,958
Saya dah empat kali merentasi Atlantik,

224
00:14:58,041 --> 00:15:00,750
dan ulang alik sekali ke Hindia Timur.

225
00:15:00,833 --> 00:15:03,375
Cork, Lisbon, Gibraltar…

226
00:15:04,458 --> 00:15:07,125
Saat-saat terindah saya
adalah semasa belayar.

227
00:15:07,666 --> 00:15:08,875
Awak sangat bertuah.

228
00:15:08,958 --> 00:15:11,333
Awak akan faham apabila dilamun cinta.

229
00:15:11,833 --> 00:15:14,666
Untuk pengetahuan,
adik Pn. Croft masih bujang.

230
00:15:14,750 --> 00:15:17,791
Dia kapten tentera laut yang agak berjaya.

231
00:15:18,416 --> 00:15:20,166
Edward, tolonglah.

232
00:15:20,250 --> 00:15:23,500
Wanita tak bersuami
bukannya masalah besar.

233
00:15:24,416 --> 00:15:26,500
- Saya kenal adik awak.
- Betulkah?

234
00:15:26,583 --> 00:15:28,250
Menariknya.

235
00:15:28,333 --> 00:15:31,250
Kita boleh makan malam bersama
apabila dia pulang.

236
00:15:31,333 --> 00:15:32,166
Pulang?

237
00:15:32,250 --> 00:15:34,958
- Kapalnya baru berlabuh.
- Dia tiba dua hari lagi.

238
00:15:39,250 --> 00:15:43,583
Indahnya taman ini.

239
00:15:55,041 --> 00:15:57,333
Mahukah agaknya dia berjumpa saya?

240
00:16:00,708 --> 00:16:04,250
Kalau dia mahu jumpa saya,
dia tak perlu tunggu.

241
00:16:04,791 --> 00:16:06,458
Saya pasti dia masih marah.

242
00:16:11,500 --> 00:16:13,041
Bagaimana jika saya silap?

243
00:16:14,125 --> 00:16:18,125
Entah-entah dia masih
teringatkan saya selama ini.

244
00:16:52,458 --> 00:16:53,291
Ini begnya.

245
00:17:02,166 --> 00:17:03,750
Sesiapa boleh tolong saya?

246
00:17:06,208 --> 00:17:09,291
Mary lebih menyenangkan
daripada Kak Elizabeth

247
00:17:09,375 --> 00:17:10,958
kerana dia narsisistik.

248
00:17:11,041 --> 00:17:14,000
Jadi, kita tak penat
apabila berbual dengannya

249
00:17:14,083 --> 00:17:15,916
dan ia kadangkala menghiburkan.

250
00:17:16,000 --> 00:17:21,916
Saya pernah bercakap
dalam bahasa Itali selama 24 jam.

251
00:17:22,000 --> 00:17:25,083
Dia cuma perasan
semasa saya minta dia hulurkan sale.

252
00:17:25,166 --> 00:17:27,125
Dia asyik memikirkan kesakitannya

253
00:17:27,208 --> 00:17:30,458
dan takkan sedar kehadiran saya
kalau saya tak berdehem.

254
00:17:30,541 --> 00:17:31,375
Tengoklah.

255
00:17:31,458 --> 00:17:35,583
Mula-mula, dia akan merungut
tentang penyakit yang buat dia nazak.

256
00:17:35,666 --> 00:17:39,291
Kemudian, membebel pula
kononnya suaminya tak pedulikan dia,

257
00:17:39,375 --> 00:17:41,916
seterusnya, dia kutuk ibu bapa mentuanya

258
00:17:42,000 --> 00:17:45,500
yang dia kata tak menghormatinya
dan membencinya dalam diam.

259
00:17:51,041 --> 00:17:52,666
Syukurlah kakak dah sampai.

260
00:17:52,750 --> 00:17:55,791
Entahlah apa masalahnya,
mungkin jangkitan kuman.

261
00:17:55,875 --> 00:17:57,333
Saya tak boleh bergerak.

262
00:17:57,833 --> 00:17:59,250
Saya dah nazak.

263
00:18:00,750 --> 00:18:03,958
Charles dah keluar memburu
dan tak cuba ambil hati saya langsung.

264
00:18:05,291 --> 00:18:08,000
Ibu bapa mentua saya hantar bunga itu.

265
00:18:08,083 --> 00:18:09,541
Baik, bukan?

266
00:18:09,625 --> 00:18:13,875
Tapi ia akan layu, lalu saya akan harap
yang mereka tak hantar langsung.

267
00:18:14,500 --> 00:18:18,416
Orang dah sakit, janganlah ingatkan kita
tentang benda reput pula.

268
00:18:19,250 --> 00:18:20,708
Mereka benci saya.

269
00:18:20,791 --> 00:18:22,500
Malahan, anak-anak awak buas,

270
00:18:22,583 --> 00:18:26,166
rumah berkuap
dan tiada sesiapa mahu tonton teater.

271
00:18:26,250 --> 00:18:27,333
Betul, Anne.

272
00:18:27,416 --> 00:18:28,833
Anne!

273
00:18:29,708 --> 00:18:33,541
Adik-beradik kepada adik ipar saya,
Henrietta dan Louisa Musgrove.

274
00:18:33,625 --> 00:18:35,791
Mereka sempurna dari semua segi.

275
00:18:36,333 --> 00:18:38,125
- Anne!
- Kalian!

276
00:18:39,125 --> 00:18:40,916
Seronoknya kami kerana awak datang.

277
00:18:41,000 --> 00:18:42,833
Kami teruja sepanjang minggu.

278
00:18:42,916 --> 00:18:46,125
Berjanjilah yang awak akan bersama kami
sepanjang masa.

279
00:18:47,250 --> 00:18:49,666
Apabila awak tak sibuk menjaga adik awak.

280
00:18:49,750 --> 00:18:52,500
- Awak sihat?
- Awak tak tanya pun khabar saya.

281
00:18:52,583 --> 00:18:53,541
Saya baru tanya.

282
00:18:53,625 --> 00:18:56,416
Saya hampir nazak
dan organ saya dah mereput.

283
00:18:57,541 --> 00:18:58,916
Samalah macam semalam.

284
00:18:59,000 --> 00:19:03,041
Tapi baguslah. Organ mereput
tapi personalitinya masih sama.

285
00:19:04,625 --> 00:19:08,416
Makanlah di Rumah Besar setiap malam
dan mainkan piano untuk kami

286
00:19:08,500 --> 00:19:12,958
kerana kami hanya akan menari,
menyanyi dan bergembira.

287
00:19:13,541 --> 00:19:15,333
Marie Antoinette!

288
00:19:15,416 --> 00:19:17,791
Berani kamu sebut nama beta!

289
00:19:17,875 --> 00:19:20,333
Hati-hati, wanita tak suka dihempap.

290
00:19:20,416 --> 00:19:22,000
Ibu kamu sakit kepala.

291
00:19:22,083 --> 00:19:25,000
Gelinya. Kakak sentuh mereka
tanpa tahu mereka ke mana tadi.

292
00:19:25,083 --> 00:19:27,041
Kami lapar, Marie Antoinette.

293
00:19:27,125 --> 00:19:29,541
- Makanlah kek!
- Makan malam dulu.

294
00:19:29,625 --> 00:19:32,541
Kita ada tetamu,
Laksamana Croft dan isterinya,

295
00:19:32,625 --> 00:19:34,500
serta adiknya, Frederick.

296
00:19:34,583 --> 00:19:37,125
Dia tiba pagi ini. Dia kapten yang berani!

297
00:19:37,208 --> 00:19:41,333
Dia pernah arahkan seluruh flotila
untuk selamatkan ikan paus.

298
00:19:42,125 --> 00:19:44,250
Tak sangka awak suka ikan paus.

299
00:19:49,708 --> 00:19:53,791
- Awak pernah jumpa Kapten Wentworth?
- Ya, seketika, suatu masa dulu.

300
00:19:54,291 --> 00:19:59,500
- Betulkah yang dia sangat kacak?
- Dia nampak baik.

301
00:19:59,583 --> 00:20:02,208
Dan beri perhatian ketika wanita bercakap?

302
00:20:02,291 --> 00:20:03,583
Ya.

303
00:20:05,250 --> 00:20:07,166
Dengan sepenuh jiwa dan raga.

304
00:20:08,083 --> 00:20:11,500
Ia amat mengujakan.

305
00:20:12,833 --> 00:20:16,000
Bunyinya macam dia sangat serasi
dengan awak.

306
00:20:16,083 --> 00:20:18,625
- Saya mahu awak pikat dia.
- Louisa…

307
00:20:18,708 --> 00:20:21,125
Tidak. Keputusan saya muktamad, Anne.

308
00:20:21,958 --> 00:20:24,541
Jangan jadi harimau yang sembunyikan kuku.

309
00:20:24,625 --> 00:20:27,333
Saya hargai niat awak, tapi saya tak suka

310
00:20:27,416 --> 00:20:30,250
dilarang mencontohi mana-mana haiwan

311
00:20:30,958 --> 00:20:32,041
atau buat apa-apa.

312
00:20:33,166 --> 00:20:36,375
Tapi kenapa awak tak berkahwin?

313
00:20:39,458 --> 00:20:41,375
Saya mahu jatuh cinta dulu.

314
00:20:42,416 --> 00:20:46,458
Baiklah. Kalau begitu, awak duduk
di sebelahnya semasa makan malam.

315
00:20:47,041 --> 00:20:48,666
Baiklah.

316
00:20:48,750 --> 00:20:51,500
Awak pura-pura tak tahu apa-apa.

317
00:20:51,583 --> 00:20:53,416
Lelaki suka beri penerangan.

318
00:20:53,500 --> 00:20:57,000
Kata yang awak tak tahu guna
sudu garpu dan suruh dia ajar.

319
00:20:57,083 --> 00:20:59,458
Inikah cara memikat yang mereka ajar?

320
00:20:59,541 --> 00:21:03,166
Apabila dia mula nampak berminat,

321
00:21:03,250 --> 00:21:05,625
buat-buat tak layan

322
00:21:05,708 --> 00:21:07,500
seolah-olah kita halimunan.

323
00:21:09,791 --> 00:21:10,916
Dia pasti terpikat.

324
00:21:11,875 --> 00:21:13,875
Jadi, saya tak perlulah pura-pura.

325
00:21:13,958 --> 00:21:17,250
Tunjuk diri sebenar
hanya selepas dua tahun berkahwin.

326
00:21:18,958 --> 00:21:20,666
Nasihat itu mungkin berguna.

327
00:21:22,916 --> 00:21:24,750
- Mary!
- Charles, kenapa?

328
00:21:25,500 --> 00:21:28,000
Tolong. Lengannya cedera.

329
00:21:29,416 --> 00:21:31,375
- Apa dah jadi?
- Dia jatuh pokok.

330
00:21:36,208 --> 00:21:39,333
Perlukah ia berlaku
pada malam kita ada tetamu?

331
00:21:39,416 --> 00:21:40,958
Dia bukannya sengaja.

332
00:21:42,166 --> 00:21:44,250
Seseorang perlu menemaninya.

333
00:21:48,625 --> 00:21:50,625
Saya akan bawa pulang puding plum.

334
00:21:53,833 --> 00:21:56,208
Jadi, ibunya yang perlu menemaninya.

335
00:21:56,291 --> 00:21:58,916
Saya dah lahirkan mereka dan sekarang,

336
00:21:59,000 --> 00:22:00,875
saya akan terlepas makan malam.

337
00:22:00,958 --> 00:22:02,416
Malangnya nasib saya.

338
00:22:02,958 --> 00:22:06,041
Lelaki selalu terlepas
daripada tanggungjawab.

339
00:22:06,125 --> 00:22:08,166
Mary, dia cedera.

340
00:22:08,250 --> 00:22:10,666
Awak pun bukannya sihat sangat.

341
00:22:10,750 --> 00:22:12,833
Tak apa. Penyakit saya dah sembuh.

342
00:22:12,916 --> 00:22:15,125
Saya pasti mereka akan datang lagi.

343
00:22:15,208 --> 00:22:16,625
Saya benci hidup saya.

344
00:22:16,708 --> 00:22:18,875
Tak apalah, saya akan temankan awak.

345
00:22:18,958 --> 00:22:21,916
Mestilah, takkanlah saya saja
yang tak pergi.

346
00:22:22,000 --> 00:22:25,791
Sampai hati awak nak tinggalkan Charles
ketika dia sakit begini?

347
00:22:25,875 --> 00:22:26,875
Ya, Louisa.

348
00:22:28,583 --> 00:22:30,166
Tolonglah faham.

349
00:22:30,250 --> 00:22:34,000
Masalahnya, saya mudah rasa empati.

350
00:22:35,833 --> 00:22:39,041
Saya tak boleh menemani mereka
apabila mereka sakit

351
00:22:39,125 --> 00:22:41,666
kerana saya dapat merasai
kesakitan mereka.

352
00:22:42,833 --> 00:22:44,916
Lebih baik jika kami berjauhan.

353
00:22:45,875 --> 00:22:49,375
Hidup lebih mudah bagi Kakak Anne
kerana dia tak sensitif.

354
00:22:51,375 --> 00:22:54,333
Mary, awak nak saya temani mereka seorang?

355
00:22:55,250 --> 00:22:58,416
Kakak memang baik.
Nanti saya bawa pulang puding plum.

356
00:22:59,875 --> 00:23:02,583
Mungkin juga kerak roti dan bubur.

357
00:23:02,666 --> 00:23:06,291
Saya akan puji awak cukup-cukup

358
00:23:06,375 --> 00:23:09,250
sampai dia mahu lamar awak esok lagi,
saya janji.

359
00:23:31,041 --> 00:23:32,791
Kalaulah kami dapat berbual.

360
00:23:41,875 --> 00:23:43,291
Frederick!

361
00:23:46,833 --> 00:23:47,666
Aduh.

362
00:23:59,416 --> 00:24:00,250
Syabas.

363
00:24:05,833 --> 00:24:08,041
Terima kasih kerana membantu, Anne.

364
00:24:10,750 --> 00:24:13,916
Saya rasa awak tentu akan suka
Kapten Wentworth.

365
00:24:14,000 --> 00:24:16,125
Jem ini terlalu berair.

366
00:24:16,208 --> 00:24:18,416
Saya tak sanggup makan jem berair.

367
00:24:19,375 --> 00:24:21,208
Saya nak jadi kapten.

368
00:24:21,291 --> 00:24:24,833
Tak boleh.
Kamu tak dibenarkan jadi kelasi.

369
00:24:24,916 --> 00:24:28,250
Kamu tahukah yang topi kelasi nampak lucu?

370
00:24:28,333 --> 00:24:31,291
Saya tak tahan ketawa mereka
awal pagi begini.

371
00:24:31,375 --> 00:24:33,458
Mereka juga diwajibkan

372
00:24:33,541 --> 00:24:36,875
simpan misai kucing.

373
00:24:40,166 --> 00:24:41,000
Taklah.

374
00:24:41,500 --> 00:24:44,833
Wentworth tak ada misai,
tapi dia mengagumkan.

375
00:24:44,916 --> 00:24:46,958
Kacak, pintar dan kaya.

376
00:24:47,041 --> 00:24:47,875
Buat lagi.

377
00:24:47,958 --> 00:24:49,166
Tengoklah saya.

378
00:24:49,250 --> 00:24:52,666
Saya Kapten Wentworth
dan saya sangat mengagumkan.

379
00:24:52,750 --> 00:24:56,500
Saya kaya, kacak
dan semua orang sukakan saya.

380
00:24:56,583 --> 00:24:57,708
Saya juga kelasi.

381
00:24:57,791 --> 00:25:00,250
Kapten, memperkenalkan kakak Mary, Anne.

382
00:25:04,083 --> 00:25:06,708
- Sebenarnya, kami pernah bertemu.
- Bertemu.

383
00:25:08,041 --> 00:25:09,875
Lama dahulu, sebelum saya kaya.

384
00:25:11,708 --> 00:25:13,250
Tapi bukan sebelum saya kacak.

385
00:25:15,500 --> 00:25:17,375
Awak nampak tua.

386
00:25:19,083 --> 00:25:21,458
- Bukan itu maksud saya.
- Apa maksudnya?

387
00:25:21,541 --> 00:25:25,041
Cuma lebih tua daripada rupa awak dulu.

388
00:25:25,125 --> 00:25:28,916
- Muka awak nampak matang.
- Ia hasil hidup yang bermatlamat.

389
00:25:29,000 --> 00:25:32,208
- Jadi, saya tiada matlamat hidup?
- Manalah saya tahu.

390
00:25:33,250 --> 00:25:35,625
Awak masih ada rambut.

391
00:25:35,708 --> 00:25:37,333
Rambut awak juga…

392
00:25:38,833 --> 00:25:41,000
nampak seperti yang sepatutnya.

393
00:25:43,458 --> 00:25:46,833
- Terima kasih.
- Jadi, kamu berdua pernah bertemu.

394
00:25:47,541 --> 00:25:50,958
- Hanya seketika.
- Namun, sukar dilupakan.

395
00:25:57,833 --> 00:25:58,666
Mari kita pergi.

396
00:25:58,750 --> 00:26:00,125
- Mari.
- Ya.

397
00:26:13,458 --> 00:26:16,333
- Apa?
- Ada jem di muka kakak.

398
00:26:24,583 --> 00:26:27,666
RUMAH BESAR

399
00:26:34,125 --> 00:26:36,333
Saya dah kata dia akan kembali, Anne.

400
00:26:36,416 --> 00:26:38,083
Awak duduklah di sebelahnya.

401
00:26:38,166 --> 00:26:39,208
Louisa.

402
00:26:50,750 --> 00:26:52,041
Masuklah.

403
00:26:52,541 --> 00:26:53,958
Terima kasih banyak.

404
00:26:58,125 --> 00:27:01,166
Kapten Wentworth,
mari duduk di sebelah saya.

405
00:27:02,041 --> 00:27:02,958
Sudah tentu.

406
00:27:08,708 --> 00:27:09,666
Louisa.

407
00:27:10,875 --> 00:27:12,125
Bagus.

408
00:27:23,083 --> 00:27:25,166
- Saya akan duduk di sebelah awak.
- Silakan.

409
00:27:25,750 --> 00:27:26,958
Terima kasih banyak.

410
00:28:09,833 --> 00:28:11,541
Tayang kuku,

411
00:28:12,083 --> 00:28:12,916
saya dah buat.

412
00:28:18,500 --> 00:28:20,458
- Pada pemegangnya.
- Pemegangnya?

413
00:28:25,166 --> 00:28:26,291
Lebih bagus.

414
00:28:27,250 --> 00:28:28,166
Daripada apa?

415
00:28:28,250 --> 00:28:31,083
Orang yang tak mahu duduk di sebelah saya.

416
00:28:33,916 --> 00:28:37,458
Baiklah, saya mahu tahu,
awak ada masalah sama dengan sudu?

417
00:28:41,375 --> 00:28:42,500
Terima kasih.

418
00:28:44,291 --> 00:28:45,291
Terima kasih.

419
00:28:45,375 --> 00:28:46,583
Terima kasih banyak.

420
00:28:50,416 --> 00:28:52,583
Saya suka. Sedapnya.

421
00:28:57,375 --> 00:29:00,458
Kapten Wentworth kata
dia pernah hampir mati di laut.

422
00:29:00,541 --> 00:29:03,416
Kenapa awak pilih
kerjaya berbahaya seperti itu?

423
00:29:04,916 --> 00:29:08,416
Saya perlukan sesuatu
yang dapat mengalihkan perhatian saya

424
00:29:08,500 --> 00:29:11,583
dan perasaan sentiasa terancam itu
amat membantu.

425
00:29:11,666 --> 00:29:16,083
Kadangkala, saya amat sedih
hingga saya rasa lebih baik saya mati.

426
00:29:16,166 --> 00:29:18,916
Boleh saya tahu punca kesedihan itu?

427
00:29:19,916 --> 00:29:21,083
Seorang wanita.

428
00:29:22,000 --> 00:29:23,625
Sekarang, dialah yang rugi.

429
00:29:23,708 --> 00:29:26,208
Tapi saya dah puas berseronok.

430
00:29:27,083 --> 00:29:30,375
Sekarang, saya mahukan semula
kehidupan yang tenang.

431
00:29:30,458 --> 00:29:32,666
Jadi, awak mencari calon isteri?

432
00:29:32,750 --> 00:29:33,625
Ibu.

433
00:29:33,708 --> 00:29:37,083
Ya, orang atau apa saja
untuk berkongsi hidup yang tenang.

434
00:29:37,166 --> 00:29:40,416
- Kalau begitu, isterilah jawapannya.
- Ibu.

435
00:29:41,250 --> 00:29:43,875
- Awak sedang mencari isteri?
- Ayah.

436
00:29:43,958 --> 00:29:45,625
Betul tekaan awak.

437
00:29:46,125 --> 00:29:49,083
Benar, saya berlabuh
untuk mencari bakal isteri.

438
00:29:49,625 --> 00:29:52,000
Seorang wanita yang baik, berpendirian,

439
00:29:52,541 --> 00:29:55,250
puji sikit tentera laut
dan saya pasti tergoda.

440
00:29:55,333 --> 00:30:00,666
Wanita berusia antara 18 hingga 80 tahun.
Pokoknya, sesiapa saja.

441
00:30:00,750 --> 00:30:02,833
Saya pilihan pertama Charles.

442
00:30:04,791 --> 00:30:06,083
Apa, Anne?

443
00:30:09,625 --> 00:30:12,458
Alang-alang kita dah berbual
tentang perkahwinan,

444
00:30:14,333 --> 00:30:18,541
ingat tak yang Charles mahu kahwini saya
sebelum dia kahwini Charles?

445
00:30:19,125 --> 00:30:20,666
Maksud saya, Mary.

446
00:30:21,166 --> 00:30:22,666
Maaf, Charles,

447
00:30:23,625 --> 00:30:25,583
sebelum Mary berkahwin…

448
00:30:26,166 --> 00:30:29,750
Maaf, sebelum Charles, mestilah Charles,

449
00:30:29,833 --> 00:30:33,833
fikir masak-masak dan kahwini Mary.

450
00:30:35,041 --> 00:30:36,666
Jadi, awak mahu kata

451
00:30:36,750 --> 00:30:40,166
yang adik ipar awak pernah menyukai awak
lebih daripada adik awak?

452
00:30:40,666 --> 00:30:42,375
- Itu memang benar.
- Betul.

453
00:30:42,458 --> 00:30:45,416
Ya, memang betul pun.

454
00:31:02,333 --> 00:31:04,291
Wentworth biadab terhadap kakak.

455
00:31:04,875 --> 00:31:07,500
Dia kata kakak berubah
sampai dia tak cam muka kakak.

456
00:31:09,750 --> 00:31:12,041
Tapi tak apa, saya pertahankan kakak.

457
00:31:12,125 --> 00:31:15,375
Saya kata mata kakak sakit
dan tertutup selama seminggu,

458
00:31:15,458 --> 00:31:17,250
jadi kami panggil kakak lanun.

459
00:31:18,166 --> 00:31:21,291
Ia sebenarnya macam tak membantu saja.

460
00:31:22,291 --> 00:31:24,500
Ya, kakak setuju.

461
00:31:34,666 --> 00:31:37,666
Main lagi, Anne.
Mainkan untuk kami, maestro.

462
00:32:41,458 --> 00:32:43,958
Dia dingin sangat malam tadi.

463
00:32:44,458 --> 00:32:46,583
Saya lebih suka
kalau dia tunjuk kemarahannya.

464
00:32:47,125 --> 00:32:51,458
Pedih hati saya melihat sikap sopannya
yang dingin dan terlalu formal itu.

465
00:32:52,625 --> 00:32:54,791
"Maaf, Cik Elliot,

466
00:32:54,875 --> 00:32:57,458
ini kerusi cik?"

467
00:32:59,125 --> 00:33:00,500
Sayangilah saya, bodoh!

468
00:33:00,583 --> 00:33:04,041
Sayangi atau bunuhlah saya.
Saya tak mampu menanggungnya!

469
00:33:08,333 --> 00:33:09,458
Lady Macbeth.

470
00:33:10,000 --> 00:33:11,833
Bahagian ketiga, babak keempat.

471
00:33:12,875 --> 00:33:13,708
Dia akan percaya.

472
00:33:14,833 --> 00:33:15,916
Yalah.

473
00:33:17,833 --> 00:33:19,333
Awak bagaimana pagi ini?

474
00:33:19,416 --> 00:33:22,958
Masih pening kerana melihat
Wentworth pusingkan Louisa,

475
00:33:23,041 --> 00:33:26,541
dan aksi yang dia buat
dengan lagu sedih yang kakak mainkan.

476
00:33:26,625 --> 00:33:28,708
"Für Elise" sesuai untuk tarian

477
00:33:28,791 --> 00:33:33,666
bagi mereka yang berani mencuba
gerak tari yang lebih moden.

478
00:33:33,750 --> 00:33:35,833
Bagaimana nak menari
dengan lagu Beethoven?

479
00:33:35,916 --> 00:33:38,291
Bersendirian di bilik dengan wain merah.

480
00:33:40,791 --> 00:33:42,416
Frederick akan melamar Louisa.

481
00:33:42,500 --> 00:33:46,041
Mereka akan berkahwin
dan Louisa akan bahagia selamanya.

482
00:33:46,125 --> 00:33:48,666
Kenapa orang fikir semua wanita

483
00:33:48,750 --> 00:33:51,250
hanya mahu dilamar oleh lelaki?

484
00:33:51,333 --> 00:33:55,166
Itu kerana perkahwinan
ialah rahmat terbesar dalam hidup kita.

485
00:33:57,791 --> 00:33:59,458
Di mana anak-anak awak?

486
00:34:00,583 --> 00:34:01,666
Manalah saya tahu.

487
00:34:11,291 --> 00:34:15,000
Semasa kita kecil, tiada sesiapa kata
yang hidup akan diteruskan

488
00:34:17,416 --> 00:34:20,958
sama ada kita suka
dengan apa yang berlaku atau tidak.

489
00:34:22,250 --> 00:34:24,791
Akhirnya, kita tertanya-tanya,

490
00:34:24,875 --> 00:34:26,583
"Bagaimana saya jadi begini?"

491
00:34:27,958 --> 00:34:29,041
Tak lama dulu,

492
00:34:29,125 --> 00:34:32,125
saya dan Wentworth sehati sejiwa.

493
00:34:33,416 --> 00:34:35,125
Kini, kami macam tak kenal.

494
00:34:36,583 --> 00:34:38,500
Malah, lebih teruk daripada itu.

495
00:34:40,250 --> 00:34:41,375
Kami bekas kekasih.

496
00:34:42,625 --> 00:34:44,125
Mak Cik Anne.

497
00:34:44,208 --> 00:34:46,375
- Mak cik di mana?
- Jom kita main.

498
00:34:58,458 --> 00:35:00,791
Marie Antoinette, rakyat benci tuanku.

499
00:35:00,875 --> 00:35:03,291
Mereka tak mahu ada ratu.

500
00:35:03,375 --> 00:35:07,416
Biadabnya kamu berdua! Kamu rakyat beta.

501
00:35:07,500 --> 00:35:08,750
Ratu jahat!

502
00:35:08,833 --> 00:35:11,083
Ratu jahat? Rakyat teruk!

503
00:35:11,166 --> 00:35:14,166
- Sekejap, apa perkataan itu?
- Vive la révolution.

504
00:35:14,250 --> 00:35:16,041
Vive la revolusi!

505
00:35:16,791 --> 00:35:18,291
Ini mahkota beta.

506
00:35:20,500 --> 00:35:22,500
Berani kamu rampas mahkota beta!

507
00:35:23,500 --> 00:35:24,625
Mak cik dah kalah!

508
00:35:25,208 --> 00:35:26,875
- Sudahlah!
- Ratu jahat!

509
00:35:27,791 --> 00:35:29,625
Sudah! Jangan!

510
00:35:37,041 --> 00:35:39,458
Cuainya awak. Budak itu mungkin cedera.

511
00:35:40,375 --> 00:35:43,333
Yalah. Maaf. Kami main sampai lupa diri.

512
00:35:43,416 --> 00:35:45,125
Cakaplah begitu kepada Robespierre.

513
00:35:45,208 --> 00:35:46,041
Frederick!

514
00:35:47,750 --> 00:35:49,416
Saya cuba buat yang terbaik.

515
00:35:50,125 --> 00:35:51,583
Terbaik? Tentang apa?

516
00:35:51,666 --> 00:35:53,250
Tentang kita berdua.

517
00:35:53,333 --> 00:35:55,166
Saya tak mahu awak marah.

518
00:35:57,333 --> 00:35:59,041
Awak nak saya buat apa?

519
00:36:22,375 --> 00:36:24,583
Masalahnya, saya terlalu baik.

520
00:36:24,666 --> 00:36:28,083
Saya jaga kebajikan orang
dan menderita kerananya.

521
00:36:28,166 --> 00:36:30,625
Berapa jarak Colosseum?

522
00:36:31,250 --> 00:36:32,375
Betul cakap kakak.

523
00:36:32,458 --> 00:36:36,708
Bagaimana saya nak jaga diri
kalau semua orang mahukan perhatian saya?

524
00:36:36,791 --> 00:36:38,833
Beri saya satu kapucino!

525
00:36:39,666 --> 00:36:40,916
Tapi kini saya sedar,

526
00:36:41,000 --> 00:36:45,791
kalau saya sayang diri sendiri,
barulah saya dapat sayang orang lain.

527
00:36:46,333 --> 00:36:47,583
Itulah rahsianya.

528
00:36:51,416 --> 00:36:54,000
Berapa harga landak di jendela itu?

529
00:36:55,333 --> 00:36:57,875
- Apa di belakang saya?
- Keju gulung?

530
00:37:01,541 --> 00:37:04,791
Kamu mahu keluar
dan suruh kakak saya rahsiakannya?

531
00:37:06,083 --> 00:37:10,125
Kami nak keluar berjalan-jalan.
Jauh perjalanannya.

532
00:37:10,208 --> 00:37:11,166
Dalam hutan.

533
00:37:11,250 --> 00:37:13,500
- Awak benci alam semula jadi.
- Dan bergerak.

534
00:37:13,583 --> 00:37:15,125
Dulu kami angkat awak.

535
00:37:15,208 --> 00:37:17,833
Kamu fikir saya tak keluar
kerana tak suka?

536
00:37:24,250 --> 00:37:25,333
Baguslah.

537
00:37:31,583 --> 00:37:32,791
Banyaknya serangga.

538
00:37:37,166 --> 00:37:40,708
Anne, saya mahu tanya sesuatu,

539
00:37:41,541 --> 00:37:43,291
tapi saya rasa malu.

540
00:37:43,916 --> 00:37:44,916
Apa soalannya?

541
00:37:45,000 --> 00:37:47,666
Awak ingat semasa Kapten Wentworth datang

542
00:37:47,750 --> 00:37:50,083
dan saya suruh awak pikat dia?

543
00:37:51,083 --> 00:37:52,166
Ya.

544
00:37:52,250 --> 00:37:55,125
Saya tak kenal dia pada masa itu.

545
00:37:55,208 --> 00:37:58,083
Jadi, saya amat berharap
kamu berdua serasi.

546
00:37:58,833 --> 00:38:00,958
Awak pun nampak tak peduli.

547
00:38:02,083 --> 00:38:04,250
- Yakah?
- Awak tak pandang pun dia.

548
00:38:07,666 --> 00:38:11,416
- Sekarang, awak mahu memilikinya?
- Dia sempurna.

549
00:38:14,791 --> 00:38:16,291
Awak nampak terkejut.

550
00:38:19,000 --> 00:38:20,750
Agaknya. Saya fikir…

551
00:38:20,833 --> 00:38:24,291
Saya tak tahu perasaannya,
tapi saya dah mula menyukainya.

552
00:38:26,458 --> 00:38:29,791
Saya selalu bayangkan perasaan saya
kalau saya jadi awak.

553
00:38:29,875 --> 00:38:32,625
Saya mungkin kecewa,
malah, mungkin cemburu,

554
00:38:32,708 --> 00:38:37,125
tapi kesedihan saya tentu terubat

555
00:38:37,208 --> 00:38:39,708
apabila melihat awak gembira.

556
00:38:40,291 --> 00:38:42,375
Awak cuba ambil hati saya.

557
00:38:43,833 --> 00:38:45,000
Saya berjaya tak?

558
00:38:47,541 --> 00:38:51,625
Kenapa awak minta izin saya
kalau saya tak pandang pun dia?

559
00:38:51,708 --> 00:38:54,416
Ia kerana cara awak memandangnya.

560
00:38:54,500 --> 00:38:58,666
Saya boleh tahu yang kamu berdua
bukan cuma pernah berkenalan.

561
00:39:01,541 --> 00:39:02,875
Semua itu…

562
00:39:03,833 --> 00:39:04,666
kisah silam.

563
00:39:04,750 --> 00:39:08,250
Sebenarnya, saya percaya
dia boleh jadi bakal suami saya.

564
00:39:45,875 --> 00:39:49,791
Kapal frigat lebih besar
daripada kapal perang, bukan?

565
00:39:50,541 --> 00:39:53,166
- Dia dah buat persediaan.
- Bagus.

566
00:39:53,250 --> 00:39:55,208
Kapal perang boleh bawa 130 orang

567
00:39:55,291 --> 00:39:58,083
manakala frigat boleh bawa
140 hingga 200 orang.

568
00:39:58,166 --> 00:40:01,416
Bergantung pada kategorinya
yang mungkin lima atau enam.

569
00:40:07,500 --> 00:40:12,166
"Bulan Mei kini dihiasi
keindahan musim bunga…"

570
00:40:12,250 --> 00:40:15,666
Janganlah berpuisi.
Kakak pun tahu saya tak suka metafora.

571
00:40:15,750 --> 00:40:18,083
Maaf, Mary, kakak terlupa.

572
00:40:18,166 --> 00:40:19,833
Minda kakak bagai penapis.

573
00:40:20,416 --> 00:40:22,958
Itu simile, bukan metafora.

574
00:40:23,750 --> 00:40:27,125
Baiklah. Minda kakak penapis.

575
00:40:28,250 --> 00:40:32,666
Apa-apalah, tapi janganlah berkias.
Saya tak tahan.

576
00:40:37,291 --> 00:40:39,333
Kita boleh singgah di rumah Harry Hayter.

577
00:40:39,416 --> 00:40:41,458
Dia mungkin akan melamar saya.

578
00:40:41,541 --> 00:40:44,541
Saya bukan sengaja
bawa kita ikut laluan ini.

579
00:40:44,625 --> 00:40:47,500
Tidak. Saya tak mahu
memasuki Rumah Hayter.

580
00:40:47,583 --> 00:40:50,958
- Saya takut terkena jangkitan.
- Jangan mengarutlah.

581
00:40:51,041 --> 00:40:53,541
Mengarutkah kalau saya jaga kesihatan?

582
00:40:54,166 --> 00:40:58,458
Rumah yang ada kurang
daripada lima pembantu tak bersih.

583
00:40:59,916 --> 00:41:02,875
Jangan menilai kami
berdasarkan kenalan kami.

584
00:41:02,958 --> 00:41:05,000
Malangnya jika ada saudara begitu.

585
00:41:05,083 --> 00:41:08,250
Awak tak mahu adik ipar awak mengahwininya

586
00:41:08,333 --> 00:41:10,583
kerana dia tak kaya?

587
00:41:10,666 --> 00:41:12,583
Ya, malang sekali, bukan?

588
00:41:18,875 --> 00:41:19,833
Mari kita pergi.

589
00:41:48,416 --> 00:41:50,291
Keluarga Elliot berlagak.

590
00:41:50,375 --> 00:41:52,083
Ia sangat menjelikkan.

591
00:41:52,166 --> 00:41:54,166
Sir Walter berlagak macamlah

592
00:41:54,250 --> 00:41:56,250
pangkat baronet kedua tertinggi
selepas raja.

593
00:41:56,333 --> 00:41:59,333
Macam tak sangka saja
Anne bersaudara dengan mereka.

594
00:41:59,416 --> 00:42:02,666
Kami harap Charles kahwini dia.
Awak tak rasa begitu?

595
00:42:02,750 --> 00:42:04,125
Jangan mudah terpedaya.

596
00:42:04,208 --> 00:42:05,250
Apa maksud awak?

597
00:42:06,000 --> 00:42:09,875
Anne seangkuh mereka juga.
Cuma caranya berbeza.

598
00:42:09,958 --> 00:42:11,375
Saya tak faham.

599
00:42:12,750 --> 00:42:15,708
Lain kali kalau awak nampak
Cik Elliot tak bergaul

600
00:42:15,791 --> 00:42:18,291
semasa kegiatan sosial,

601
00:42:18,375 --> 00:42:22,416
dia mungkin sengaja buat begitu
untuk menilai orang lain.

602
00:42:23,250 --> 00:42:24,083
Dengan kejam.

603
00:42:24,791 --> 00:42:27,041
Anne Elliot berhati mulia.

604
00:42:27,583 --> 00:42:29,291
Saya lebih mengenalinya.

605
00:42:30,541 --> 00:42:33,250
Awak yang berhati mulia, Louisa,

606
00:42:33,333 --> 00:42:36,625
kerana sentiasa menganggap
semua orang baik.

607
00:42:37,333 --> 00:42:39,333
Minda seseorang itu lemah

608
00:42:39,416 --> 00:42:42,708
jika dia termakan pujukan
dan mengetepikan pendirian.

609
00:42:42,791 --> 00:42:44,125
Pendirian tentang apa?

610
00:42:50,083 --> 00:42:53,541
Jangan kutuk Anne.
Saya amat menyayanginya.

611
00:42:53,625 --> 00:42:56,541
Saya tak tahu masalah kamu
dan saya tak mahu tahu.

612
00:42:56,625 --> 00:43:00,250
Saya cuma nampak kebaikannya
dan cubalah juga buat begitu.

613
00:43:01,791 --> 00:43:05,083
Maafkan saya. Saya terkasar bahasa.

614
00:43:05,166 --> 00:43:07,458
Terima kasih kerana menegur saya.

615
00:43:11,166 --> 00:43:14,000
Jika saya maafkan,
boleh ajar saya guna sekstan?

616
00:43:14,666 --> 00:43:17,250
- Tapi kita baru kenal.
- Saya ada masa malam ini.

617
00:43:23,875 --> 00:43:25,291
Awak nak berjalan-jalan?

618
00:43:55,500 --> 00:43:57,875
Malangnya kita apabila hidup kita musnah

619
00:43:57,958 --> 00:44:02,041
dan menyedari
yang ia akan menjadi lebih teruk.

620
00:44:13,000 --> 00:44:14,208
Saya baru kata.

621
00:44:42,583 --> 00:44:44,416
Gembiranya kami berjumpa kamu.

622
00:44:50,041 --> 00:44:52,416
- Dia cedera.
- Nak saya tanya?

623
00:44:54,000 --> 00:44:56,541
Anne, biar kami hantar awak pulang.

624
00:44:57,291 --> 00:45:01,375
- Terima kasih, tapi saya tak apa-apa.
- Anne, kaki awak cedera.

625
00:45:01,458 --> 00:45:04,166
Destinasi awak dekat
dengan laluan kami. Mari.

626
00:45:04,250 --> 00:45:07,208
Terima kasih,
tapi saya mahu menikmati udara segar.

627
00:45:07,291 --> 00:45:08,833
Janganlah ego sangat.

628
00:45:11,375 --> 00:45:13,000
Tolonglah jangan melawan.

629
00:45:40,208 --> 00:45:41,041
James.

630
00:45:42,541 --> 00:45:43,500
Mari sini.

631
00:45:45,125 --> 00:45:48,083
Mak cik perlukan bantuan.
Boleh kamu tolong?

632
00:45:48,916 --> 00:45:53,625
Tolong peluk mak cik kuat-kuat
sehingga badan mak cik terasa kebas.

633
00:45:53,708 --> 00:45:55,416
Boleh kamu buat?

634
00:46:03,583 --> 00:46:05,333
James, masa minum teh.

635
00:46:05,416 --> 00:46:06,416
Anne.

636
00:46:07,083 --> 00:46:09,500
Anne, kita akan ke Lyme. Esok.

637
00:46:09,583 --> 00:46:12,250
Kami dah putuskan
untuk bermalam di tepi laut.

638
00:46:12,750 --> 00:46:14,000
Lyme? Kenapa?

639
00:46:14,500 --> 00:46:17,041
Untuk bertemu
rakan-rakan Kapten Wentworth.

640
00:46:17,750 --> 00:46:20,791
- Saya tak rasa nak pergi.
- Apa?

641
00:46:20,875 --> 00:46:23,291
Anne, kita akan pergi ke Lyme esok.

642
00:46:23,375 --> 00:46:25,750
Saya nak lupakan sekejap
kenakalan anak-anak saya.

643
00:46:25,833 --> 00:46:27,000
Nanti dulu.

644
00:46:27,083 --> 00:46:28,208
Mary, kakak tak…

645
00:46:28,291 --> 00:46:31,375
Tidak. Jangan ganggu rancangan saya
untuk berseronok.

646
00:46:31,458 --> 00:46:34,708
Saya perlu bercuti
dan kakak perlu berbual dengan saya

647
00:46:34,791 --> 00:46:36,916
apabila orang lain malas layan saya.

648
00:46:39,583 --> 00:46:41,125
Dia sedar rupanya.

649
00:47:13,291 --> 00:47:15,000
Kapten, ini Anne Elliot.

650
00:47:16,958 --> 00:47:18,000
Anne Elliot.

651
00:47:20,291 --> 00:47:21,541
Kapten Harville.

652
00:47:21,625 --> 00:47:23,416
Selamat berkenalan.

653
00:47:23,500 --> 00:47:25,041
Saya minta diri.

654
00:47:27,791 --> 00:47:31,375
Betulkah awak suka puisi
atau itu cakap orang saja?

655
00:47:31,875 --> 00:47:35,166
Saya kurang senang
kerana awak tahu banyak tentang saya.

656
00:47:35,250 --> 00:47:37,750
Maafkan saya,
tapi saya ada satu rancangan.

657
00:47:38,500 --> 00:47:40,125
- Nampak lelaki itu?
- Ya.

658
00:47:40,208 --> 00:47:41,541
Kapten Benwick.

659
00:47:41,625 --> 00:47:44,791
Kapten Benwick juga suka membaca,

660
00:47:44,875 --> 00:47:47,333
tapi dia sedang berdukacita.

661
00:47:48,041 --> 00:47:51,916
Bolehkah agaknya
awak cuba berbual dengannya?

662
00:47:52,000 --> 00:47:53,708
Saya mahir bertukang,

663
00:47:53,791 --> 00:47:56,458
tapi tak tahu apa-apa
tentang sastera Yunani.

664
00:47:56,541 --> 00:47:59,250
Apakah punca kesedihannya?

665
00:47:59,333 --> 00:48:02,250
Jumpa lelaki di katilnya
setelah pulang dari Troy?

666
00:48:02,333 --> 00:48:04,291
Maaf, itu lawak Agamemnon.

667
00:48:06,458 --> 00:48:09,000
Dia dan adik saya, Fanny,
pernah bertunang.

668
00:48:09,708 --> 00:48:11,250
Mereka bercinta.

669
00:48:12,333 --> 00:48:17,041
Fanny meninggal semasa dia di laut,
tak lama sebelum hari perkahwinan mereka.

670
00:48:17,125 --> 00:48:18,458
Saya amat bersimpati.

671
00:48:20,041 --> 00:48:22,208
Orang kata itu suratan takdir.

672
00:48:29,083 --> 00:48:31,875
- Jadi, boleh awak tegur dia?
- Sudah tentu.

673
00:48:31,958 --> 00:48:35,708
Walaupun saya mungkin
bukan pilihan yang terbaik.

674
00:48:36,458 --> 00:48:38,125
Percayalah, takdir tak pernah silap.

675
00:48:39,375 --> 00:48:42,958
Kita ditakdirkan menemui
teman yang ditakdirkan.

676
00:48:44,083 --> 00:48:45,041
Percayalah.

677
00:48:49,666 --> 00:48:54,333
Sambil-sambil itu, pujuklah Wentworth
supaya menjadi tentera laut semula.

678
00:48:54,416 --> 00:48:56,625
Sayangnya jika bakatnya disia-siakan.

679
00:48:58,041 --> 00:48:59,458
Macamlah dia nak dengar.

680
00:48:59,541 --> 00:49:02,375
Boleh buat dia mabuk
supaya saya boleh bawa dia naik kapal?

681
00:49:02,458 --> 00:49:04,541
Tanyalah Louisa.

682
00:49:04,625 --> 00:49:05,708
Saya tanya awak.

683
00:49:08,833 --> 00:49:09,666
Mari.

684
00:49:11,958 --> 00:49:14,458
Awak tak terasa nak main air?

685
00:49:14,958 --> 00:49:16,875
Terima kasih. Janji?

686
00:49:17,833 --> 00:49:18,958
Ayuh, Mary.

687
00:49:26,666 --> 00:49:31,333
Seperti biasa, Wentworth enggan mengaku
yang koordinatnya salah.

688
00:49:31,416 --> 00:49:33,625
Kapten Wentworth sangat degil.

689
00:49:33,708 --> 00:49:36,583
Memang pun.
Dia berpotensi menjadi laksamana

690
00:49:36,666 --> 00:49:39,333
dan berkhidmat untuk raja
dan segala yang berharga baginya,

691
00:49:39,416 --> 00:49:42,625
tapi dia nak buang masanya
di darat sepanjang hidupnya.

692
00:49:42,708 --> 00:49:45,166
Biarlah dia buat sesuka hatinya.

693
00:49:45,250 --> 00:49:47,583
Saya mahu berkeluarga suatu hari nanti.

694
00:49:48,125 --> 00:49:52,125
Tapi kita pun tahu isteri kelasi
pikul beban akibat kerjaya suaminya.

695
00:49:52,208 --> 00:49:53,583
Bebannya tak seberapa.

696
00:49:54,208 --> 00:49:57,458
Saya tak mahu merisaukan sesiapa.

697
00:49:57,541 --> 00:49:58,875
Mengarutlah.

698
00:49:59,375 --> 00:50:02,583
Perasaan risau itu lumrah hidup.
Betul cakap Harville.

699
00:50:04,125 --> 00:50:04,958
Anne.

700
00:50:07,041 --> 00:50:11,041
Bakal isteri awak tentu mampu
menangani perasaannya.

701
00:50:11,541 --> 00:50:16,125
Jangan memperkecilkan kemampuannya
dengan menentukan beban untuknya.

702
00:50:16,208 --> 00:50:17,375
Siapa tahu?

703
00:50:17,458 --> 00:50:21,916
Mungkin dia akan mencipta
pengembaraannya sendiri di rumah.

704
00:50:22,000 --> 00:50:24,666
- Siapa nak tambah wain?
- Saya.

705
00:50:24,750 --> 00:50:26,458
- Ya? Okey, bagus.
- Ya.

706
00:50:34,000 --> 00:50:35,083
Lord Byron.

707
00:50:38,166 --> 00:50:40,375
"Dia cahaya kebenaran dalam hidupku."

708
00:50:40,458 --> 00:50:43,166
"Kelegaan itu,
cahayanya menyinari malamku."

709
00:50:44,166 --> 00:50:48,333
Ya, dia bantu saya mengharungi kedukaan.

710
00:50:49,875 --> 00:50:55,291
Saya rasa sayang sekali
kerana puisi jarang dapat dinikmati

711
00:50:55,375 --> 00:50:57,875
oleh mereka yang mampu menikmatinya.

712
00:50:58,625 --> 00:51:02,833
Hanya mereka yang faham erti kehilangan
akan menghargai karya Byron.

713
00:51:03,833 --> 00:51:06,375
Tapi ia perlu dinikmati
secara berpada-pada.

714
00:51:07,125 --> 00:51:10,291
Jika tidak, mereka hanya akan
berasa lebih terseksa.

715
00:51:11,208 --> 00:51:13,791
Jadi, apa yang mereka patut buat?

716
00:51:15,000 --> 00:51:18,750
Terus terang, sudah lapan tahun
saya mencari jawapannya.

717
00:51:23,625 --> 00:51:26,916
Tapi saya boleh berkongsi
kata-kata yang saya pegang setiap hari.

718
00:51:27,791 --> 00:51:31,416
Kita masih muda. Kita tak tahu masa depan.

719
00:51:32,458 --> 00:51:36,208
Kita akan pulih dan gembira semula.

720
00:51:38,750 --> 00:51:41,000
- Awak mungkin betul.
- Saya memang betul.

721
00:51:42,166 --> 00:51:43,208
Terima kasih.

722
00:52:02,916 --> 00:52:06,500
Golongan berpangkat rendah
dikenakan cukai lebih tinggi.

723
00:52:11,375 --> 00:52:13,958
Kenapa tak kenakan cukai setara…

724
00:52:14,041 --> 00:52:16,125
- Itu siapa?
- Maafkan saya.

725
00:52:16,916 --> 00:52:18,333
Saya menghalang awak.

726
00:52:19,250 --> 00:52:20,875
Mungkin awak boleh ke tepi.

727
00:52:24,541 --> 00:52:25,375
Mungkin.

728
00:52:30,333 --> 00:52:31,166
Helo.

729
00:52:35,500 --> 00:52:37,291
Boleh saya bantu?

730
00:52:40,333 --> 00:52:42,541
Dengan masalah yang saya hadapi?

731
00:52:43,041 --> 00:52:44,125
Mungkin tidak.

732
00:53:38,666 --> 00:53:39,666
Helo.

733
00:53:41,708 --> 00:53:42,541
Helo.

734
00:53:44,541 --> 00:53:46,583
Maaf atas kejadian pagi tadi.

735
00:53:46,666 --> 00:53:50,833
- Apa yang berlaku?
- Lelaki biadab yang kita jumpa itu.

736
00:53:51,375 --> 00:53:54,500
Saya bukan abang awak.
Awak tak perlukan perlindungan.

737
00:53:56,666 --> 00:53:59,583
Awak juga biasa
mempertahankan diri sendiri.

738
00:54:02,083 --> 00:54:03,875
Awak tak perlu minta maaf.

739
00:54:04,583 --> 00:54:06,416
Saya tahu niat awak baik.

740
00:54:10,583 --> 00:54:13,750
Saya tahu kita belum berpeluang berbual.

741
00:54:16,083 --> 00:54:20,541
Saya bayangkan beribu versi diri awak
sepanjang lapan tahun yang lalu.

742
00:54:21,166 --> 00:54:23,041
Sesetengahnya menyakitkan hati.

743
00:54:25,375 --> 00:54:26,666
Sesetengahnya membahagiakan.

744
00:54:28,500 --> 00:54:29,333
Saya pun sama.

745
00:54:32,666 --> 00:54:35,250
Saya tak tahu
jika kita akan berjumpa lagi.

746
00:54:35,333 --> 00:54:37,833
Atau awak tahu
betapa saya menyayangi awak.

747
00:54:39,625 --> 00:54:40,916
Rasanya saya tahu.

748
00:54:44,166 --> 00:54:45,750
Awak unik.

749
00:54:48,000 --> 00:54:52,958
Saya mahu awak dalam hidup saya,
tak kisahlah sebagai siapa sekalipun.

750
00:54:53,541 --> 00:54:55,000
Lupakan kisah silam dan…

751
00:55:00,875 --> 00:55:03,625
Agaknya apa yang saya cuba kata…

752
00:55:06,625 --> 00:55:07,666
Saya…

753
00:55:12,125 --> 00:55:14,916
Saya mahu kita berkawan.

754
00:55:23,291 --> 00:55:27,333
Saya pun fikir begitu.

755
00:55:37,583 --> 00:55:40,250
Pagi ini, saya nampak
dengan jelas kekangan

756
00:55:41,333 --> 00:55:43,250
akibat kebencian yang saya rasa.

757
00:55:45,750 --> 00:55:49,250
Saya harap awak akan
menemui cinta akhirnya

758
00:55:49,333 --> 00:55:50,458
dan terima kasih

759
00:55:51,916 --> 00:55:55,208
kerana setuju berkawan dengan saya.

760
00:55:55,916 --> 00:55:56,750
Terima kasih.

761
00:55:57,416 --> 00:55:58,250
Terima kasih.

762
00:56:00,541 --> 00:56:01,375
Baiklah…

763
00:56:03,958 --> 00:56:04,791
Bagus.

764
00:56:06,000 --> 00:56:07,750
Ini perbualan yang seronok.

765
00:56:11,750 --> 00:56:15,333
Saya amat berharap
awak cuba mendapatkan jawatan laksamana.

766
00:56:17,000 --> 00:56:19,333
Semua orang kata awak bijak.

767
00:56:20,166 --> 00:56:21,875
Awak tentu hebat.

768
00:56:25,125 --> 00:56:29,208
Mereka tak kenal saya
atau perkara yang menggembirakan saya.

769
00:56:30,041 --> 00:56:31,250
Tapi saya tahu.

770
00:56:33,208 --> 00:56:34,208
Saya kenal awak.

771
00:56:35,208 --> 00:56:38,375
Saya tahu awak mahu hidup yang bermakna

772
00:56:38,458 --> 00:56:40,583
dan boleh jadi laksamana berkaliber.

773
00:56:44,250 --> 00:56:46,583
- Awak nak tahu satu rahsia?
- Mestilah.

774
00:56:47,791 --> 00:56:50,125
Apabila dilanda kesukaran di laut,

775
00:56:51,250 --> 00:56:54,541
dan saya berasa buntu, bingung

776
00:56:55,291 --> 00:56:56,291
dan tak berupaya,

777
00:56:57,958 --> 00:56:59,500
saya akan tanya diri saya,

778
00:57:01,125 --> 00:57:02,833
"Apakah yang Anne akan buat?"

779
00:57:04,125 --> 00:57:06,250
dan saya akan jumpa penyelesaiannya.

780
00:57:07,041 --> 00:57:08,666
Dengan berpura-pura menjadi awak.

781
00:57:10,500 --> 00:57:12,125
- Tipulah.
- Saya tak tipu.

782
00:57:13,000 --> 00:57:15,208
Awak cekap menangani situasi genting.

783
00:57:16,458 --> 00:57:18,666
Awak boleh menjangka keperluan orang.

784
00:57:19,500 --> 00:57:22,958
Berfikiran jelas dan fokus,
tenang dan bertimbang rasa.

785
00:57:23,041 --> 00:57:25,750
Terlalu pintar,
lebih daripada yang sepatutnya.

786
00:57:27,916 --> 00:57:29,541
Awak luar biasa.

787
00:57:30,166 --> 00:57:33,041
Malangnya dunia ini tertutup
bagi kaum wanita.

788
00:57:33,125 --> 00:57:35,083
Awak boleh jadi laksamana hebat.

789
00:57:36,916 --> 00:57:37,916
Terima kasih.

790
00:57:43,458 --> 00:57:46,833
Jangan pergi terlalu jauh.
Air pasang surut berbahaya.

791
00:57:48,375 --> 00:57:52,125
Maaf. Saya cuba melindungi awak lagi.

792
00:57:54,083 --> 00:57:55,083
Saya pergi dulu.

793
00:58:12,125 --> 00:58:14,208
Kini kami lebih teruk
daripada bekas kekasih.

794
00:58:16,916 --> 00:58:18,208
Kami kawan.

795
01:00:00,333 --> 01:00:01,875
Awak menghalang saya pula.

796
01:00:04,750 --> 01:00:06,416
- Maaf.
- Sebelum awak pergi…

797
01:00:07,333 --> 01:00:09,250
Biar saya perkenalkan diri saya.

798
01:00:09,333 --> 01:00:12,333
Atau pengawal awak sedang menunggu
untuk menghalau saya?

799
01:00:12,916 --> 01:00:15,583
Dia kawan saya

800
01:00:15,666 --> 01:00:19,333
dan dia mungkin dah salah faham niat awak.

801
01:00:19,416 --> 01:00:22,500
Dia tak salah faham niat saya.

802
01:00:23,250 --> 01:00:25,250
Saya mahu awak sedar kehadiran saya.

803
01:00:26,041 --> 01:00:26,875
Cik?

804
01:00:27,916 --> 01:00:28,750
Cik.

805
01:00:29,541 --> 01:00:31,083
Ringkas. Saya suka begitu.

806
01:00:31,625 --> 01:00:33,125
Boleh kita berjumpa lagi?

807
01:00:34,750 --> 01:00:37,208
Biar takdir yang menentukannya.

808
01:00:38,375 --> 01:00:40,791
Maknanya, saya belum pasti.

809
01:00:51,708 --> 01:00:52,791
Apa?

810
01:00:52,875 --> 01:00:54,375
Ada apa, Anne?

811
01:00:54,458 --> 01:00:56,291
Lelaki yang kita jumpa semalam.

812
01:01:01,375 --> 01:01:05,291
Tumpang tanya.
Siapakah lelaki yang baru keluar itu?

813
01:01:05,375 --> 01:01:08,875
Itu En. William Walter Elliot.
Dia dalam perjalanan ke Bath.

814
01:01:13,083 --> 01:01:15,458
Dia pergi sebaik saja saya tiba di sini.

815
01:01:15,541 --> 01:01:19,250
- Dia sepupu awak?
- Sepupu dan waris ayah kami.

816
01:01:19,333 --> 01:01:21,000
Kita perlu beritahu ayah.

817
01:01:21,083 --> 01:01:24,083
Ayah takkan suka menerima berita itu,
awak pun tahu.

818
01:01:24,166 --> 01:01:25,166
Dia tentu marah.

819
01:01:25,250 --> 01:01:29,291
- Apa yang berlaku?
- Ayah saya dengan En. Elliot bermusuhan.

820
01:01:30,125 --> 01:01:33,208
- Saya suka dengar gosip.
- Ceritalah lagi.

821
01:01:33,291 --> 01:01:35,750
Dia waris gelaran baronet dan estet ayah.

822
01:01:35,833 --> 01:01:40,041
Ayah mahu dia kahwini Elizabeth
supaya gelaran itu kekal dalam keluarga.

823
01:01:40,125 --> 01:01:41,708
Tapi dia tak mahu.

824
01:01:41,791 --> 01:01:45,000
Dia kahwini wanita Amerika
yang kami pun tak kenal.

825
01:01:45,083 --> 01:01:47,958
Ayah mengamuk apabila mendengarnya.

826
01:01:48,916 --> 01:01:51,916
- Tapi En. Elliot pakai baju berkabung.
- Isterinya dah mati.

827
01:01:55,291 --> 01:01:58,625
Awak tentu benci dia
kerana memalukan keluarga awak.

828
01:02:00,125 --> 01:02:02,958
Sebenarnya, itu sifatnya
yang paling mengagumkan.

829
01:02:51,125 --> 01:02:53,375
Dia bertuah kerana mengenali Louisa.

830
01:02:54,541 --> 01:02:57,750
Dia ada beritahu awak perasaannya?

831
01:02:58,375 --> 01:03:00,583
Tidak, tapi Louisa ada beritahu saya.

832
01:03:05,791 --> 01:03:07,375
Ia agak curam. Hati-hati.

833
01:03:14,708 --> 01:03:15,875
Terima kasih.

834
01:03:19,583 --> 01:03:20,583
Hati-hati.

835
01:03:26,125 --> 01:03:27,208
Sambut saya.

836
01:03:27,291 --> 01:03:28,125
Aduhai.

837
01:03:37,375 --> 01:03:39,875
Itu cuma latihan untuk awak. Sekali lagi.

838
01:03:39,958 --> 01:03:42,041
Tidak, Louisa, cukuplah.

839
01:03:42,125 --> 01:03:45,083
Saya nak lompat.
Sambutlah, kalau tak, saya jatuh.

840
01:03:46,541 --> 01:03:48,500
- Louisa!
- Tidak.

841
01:03:48,583 --> 01:03:51,958
Berhenti. Jangan alihkan dia. Louisa?

842
01:03:52,041 --> 01:03:54,375
Awak dengar tak? Tolong panggil doktor.

843
01:03:54,458 --> 01:03:55,333
Saya akan pergi.

844
01:03:55,416 --> 01:03:58,250
Tidak, suruh orang yang tahu pekan ini.
Benwick, tolong pergi.

845
01:03:58,333 --> 01:03:59,708
- Cepat sikit!
- Louisa.

846
01:04:00,208 --> 01:04:03,000
- Anne, apa saya boleh bantu?
- Bersabarlah.

847
01:04:05,916 --> 01:04:09,541
Dia masih bernafas.
Tak apa, dia masih bernafas.

848
01:04:09,625 --> 01:04:12,375
Gegaran di kepalanya agak serius.

849
01:04:12,458 --> 01:04:14,791
Tapi pesakit lebih teruk pun
pernah sembuh.

850
01:04:15,875 --> 01:04:17,500
Jadi, jangan putus harapan.

851
01:04:18,500 --> 01:04:20,416
- Biarlah dia berehat.
- Baik.

852
01:04:21,291 --> 01:04:23,458
- Dia boleh menemaninya?
- Baiklah.

853
01:04:24,250 --> 01:04:27,083
Awak dah banyak membantu,
kami tak nak menyusahkan awak lagi.

854
01:04:27,166 --> 01:04:32,125
Dia boleh tinggal selama yang perlu
dan sesiapa pun boleh menemaninya.

855
01:04:32,208 --> 01:04:34,750
Anne akan bantu awak di sini,
Pn. Harville.

856
01:04:34,833 --> 01:04:37,500
Tiada sesiapa yang secekapnya.

857
01:04:38,583 --> 01:04:41,125
- Awak boleh tinggal di sini?
- Sudah tentu.

858
01:04:43,458 --> 01:04:45,833
Saya tak sanggup pergi
selagi dia tak sedarkan diri.

859
01:04:45,916 --> 01:04:49,791
- Saya akan maklumkan ibu bapa awak.
- Terima kasih.

860
01:04:49,875 --> 01:04:52,625
Boleh awak hantar Mary dan Henrietta?

861
01:04:52,708 --> 01:04:54,083
Hantar saya?

862
01:04:54,166 --> 01:04:55,666
Anak-anak kita, Mary.

863
01:04:55,750 --> 01:04:58,500
Kita tak boleh biar ibu bapa saya
jaga mereka lama-lama.

864
01:04:58,583 --> 01:05:00,583
Rumah mereka hampir terbakar dulu.

865
01:05:01,083 --> 01:05:03,250
Kenapa Anne tak perlu pulang?

866
01:05:03,333 --> 01:05:04,916
Siapalah Anne pada Louisa.

867
01:05:05,000 --> 01:05:05,833
Mary.

868
01:05:05,916 --> 01:05:10,958
Bukankah awak ada alahan kepada rumah
yang ada kurang daripada lima pembantu?

869
01:05:11,041 --> 01:05:13,458
Awak tak risaukah kalau dijangkiti kuman?

870
01:05:14,666 --> 01:05:16,666
Saya tak nak balik. Selamat jalan.

871
01:05:32,333 --> 01:05:35,416
Awak tak bersalah. Awak dah larang.

872
01:05:35,500 --> 01:05:37,333
Dalam bentuk kata-kata.

873
01:05:38,583 --> 01:05:40,708
- Tapi dari segi lain…
- Segi lain?

874
01:05:40,791 --> 01:05:44,666
Saya buat dia percaya
yang saya akan menyambutnya.

875
01:05:46,000 --> 01:05:47,791
Bagaimana pula?

876
01:05:48,625 --> 01:05:50,250
Saya tahu dia sukakan saya,

877
01:05:51,375 --> 01:05:53,375
tapi saya biarkan saja…

878
01:05:55,833 --> 01:05:57,375
dan inilah akibatnya.

879
01:05:59,666 --> 01:06:01,083
Kalau ia tak berlaku,

880
01:06:01,833 --> 01:06:04,500
entah apa yang mungkin jadi
dengan kehidupan kita.

881
01:06:06,000 --> 01:06:07,958
Sekarang saya bertanggungjawab ke atasnya.

882
01:06:09,875 --> 01:06:12,041
Bagaimana saya nak beritahu ibu bapanya?

883
01:06:12,125 --> 01:06:13,083
Dengan tenang.

884
01:06:14,541 --> 01:06:15,541
Dengan jelas.

885
01:06:15,625 --> 01:06:18,500
Tawarkan segala bantuan yang diperlukan.

886
01:06:34,541 --> 01:06:35,625
Semoga berjaya.

887
01:06:38,583 --> 01:06:40,333
Apa rancangan awak sekarang?

888
01:06:41,333 --> 01:06:43,000
Saya perlu pergi ke Bath.

889
01:06:44,333 --> 01:06:45,208
Terima kasih.

890
01:06:46,458 --> 01:06:47,541
Atas segalanya.

891
01:07:10,125 --> 01:07:11,166
Tak sangka

892
01:07:12,208 --> 01:07:15,250
hidup kita boleh kekal pegun,

893
01:07:17,000 --> 01:07:20,500
seolah-olah menentang perubahan
bertahun-tahun lamanya,

894
01:07:20,583 --> 01:07:21,583
tapi tiba-tiba…

895
01:07:23,000 --> 01:07:26,916
tanpa sebarang amaran, dibanjiri kejutan

896
01:07:27,791 --> 01:07:29,750
dalam hanya beberapa minggu.

897
01:07:32,875 --> 01:07:35,875
Mustahil rasanya
untuk mengingati hidup sebelum itu.

898
01:07:37,333 --> 01:07:41,375
Kasihannya dia.
Bagaimanakah keadaan ibu bapanya?

899
01:07:41,458 --> 01:07:44,583
Terkejut, tapi mereka masih positif.

900
01:07:44,666 --> 01:07:46,583
Itu saja yang mereka mampu buat.

901
01:07:47,541 --> 01:07:50,416
Mana perginya benda itu?

902
01:07:51,541 --> 01:07:53,041
Di mana agaknya?

903
01:07:53,125 --> 01:07:54,916
Tak apa, kita tak perlukannya.

904
01:07:55,458 --> 01:07:57,875
Saya mahu semuanya sempurna buat kamu.

905
01:07:57,958 --> 01:08:01,583
Jangan mengarutlah.
Saya dah gembira dapat bersama mak cik.

906
01:08:01,666 --> 01:08:04,541
Tidak. Perkelahan tak lengkap
tanpa makaron.

907
01:08:06,875 --> 01:08:10,625
Henry tentu mengamuk
kalau mereka tertinggal pencuci mulut.

908
01:08:10,708 --> 01:08:13,708
Mujurlah saya tak minat makaron,

909
01:08:14,458 --> 01:08:15,708
dan saya bukan Henry.

910
01:08:16,791 --> 01:08:17,625
Tidak.

911
01:08:19,000 --> 01:08:20,375
Tiada orang sepertinya.

912
01:08:24,041 --> 01:08:27,250
Mak cik tak terfikir
untuk mencari penggantinya?

913
01:08:27,750 --> 01:08:29,375
Beberapa orang dah melamar.

914
01:08:30,416 --> 01:08:32,625
Kamu tahu mak cik suka bersama siapa?

915
01:08:35,750 --> 01:08:37,000
Diri sendiri.

916
01:08:38,583 --> 01:08:40,958
Sebab itulah lelaki
yang kematian isteri mati cepat

917
01:08:41,041 --> 01:08:42,833
dan wanita bujang hidup lama.

918
01:08:42,916 --> 01:08:44,458
Kita bahagia bersendirian.

919
01:08:45,041 --> 01:08:47,958
Tapi pernahkah mak cik rindukan
hidup berteman?

920
01:08:50,791 --> 01:08:53,500
Kamu rasa
kenapa mak cik kerap melawat Eropah?

921
01:08:54,916 --> 01:08:56,708
Aduhai, mak cik!

922
01:09:02,333 --> 01:09:06,500
Mak cik harap mak cik tak terlalu kenyang.
Malam ini tentu ada jamuan.

923
01:09:06,583 --> 01:09:11,125
- Kita akan bertemu En. Elliot.
- Kenapa dia nak jumpa ayah sekarang.

924
01:09:11,708 --> 01:09:17,541
Elizabeth fikir En. Elliot datang
kerana tergoda dengan daya tarikannya.

925
01:09:17,625 --> 01:09:20,208
Apa En. Elliot boleh dapat daripada ayah?

926
01:09:20,291 --> 01:09:23,375
Dia lebih kaya
dan pasti akan mewarisi gelaran ayah.

927
01:09:23,458 --> 01:09:26,791
- Dia tentu mahukan sesuatu.
- Kenapa kamu mencurigainya?

928
01:09:26,875 --> 01:09:29,750
Kerana orang sesegaknya
tentu ada niat lain.

929
01:09:31,416 --> 01:09:32,833
Apa yang kamu rahsiakan?

930
01:09:32,916 --> 01:09:34,666
Saya dah jumpa En. Elliot,

931
01:09:35,666 --> 01:09:36,875
dan dia tampan.

932
01:09:38,250 --> 01:09:39,500
Sangat tampan.

933
01:09:40,208 --> 01:09:41,541
Kamu dah jumpa dia?

934
01:09:41,625 --> 01:09:44,916
Di Lyme,
tapi kami tak kenal satu sama lain.

935
01:09:45,000 --> 01:09:48,875
- Bunyinya macam cinta akan berputik.
- Itu mustahil.

936
01:09:48,958 --> 01:09:51,666
- Kenapa pula?
- Kerana dia terlalu kacak.

937
01:09:52,666 --> 01:09:54,041
Saya tak percaya lelaki kacak.

938
01:09:57,708 --> 01:09:59,541
Inilah rumah kamu.

939
01:10:01,166 --> 01:10:03,500
Ini usaha ayah untuk kurangkan belanja?

940
01:10:03,583 --> 01:10:04,875
Dia baru mula.

941
01:10:05,958 --> 01:10:07,208
Janganlah paksa saya.

942
01:10:07,291 --> 01:10:09,083
Kuatkan semangat, sayang.

943
01:10:09,166 --> 01:10:10,500
Kita jumpa malam ini.

944
01:10:33,833 --> 01:10:38,083
- Anne! Gembiranya kakak berjumpa kamu.
- Apa maksud kakak?

945
01:10:38,166 --> 01:10:39,750
En. Elliot hampir tiba

946
01:10:39,833 --> 01:10:42,791
dan kakak mahu dia lihat kakak
dengan kamu di sisi.

947
01:10:42,875 --> 01:10:44,833
- Seronoknya dapat pulang.
- Cuba bayangkan.

948
01:10:44,916 --> 01:10:47,708
Sudah sedekad dia memendam cinta
terhadap kakak.

949
01:10:47,791 --> 01:10:50,166
Kasihannya. Dia tentu sengsara.

950
01:10:50,250 --> 01:10:53,333
Lalu dia berkahwin
supaya tak perlu mengahwini kakak.

951
01:10:53,416 --> 01:10:56,791
Gila, bukan? Dia tentu fikir
dia tak layak memiliki kakak.

952
01:10:56,875 --> 01:10:58,791
Ya, sebab apa lagi?

953
01:11:00,791 --> 01:11:02,833
Itu mungkin satu penghinaan,

954
01:11:02,916 --> 01:11:05,958
tapi kata-kata kamu tak penting,
jadi apa-apalah.

955
01:11:06,041 --> 01:11:11,375
Anne, tukarlah pakaian.
En. Elliot akan tiba bila-bila masa.

956
01:11:11,458 --> 01:11:15,666
Saya tak sangka ayah masih memaafkannya
setelah dia buat ayah merana.

957
01:11:15,750 --> 01:11:16,583
Merana?

958
01:11:17,583 --> 01:11:19,500
Ada banyak kata-kata nista.

959
01:11:19,583 --> 01:11:20,958
Dia menafikannya.

960
01:11:21,041 --> 01:11:25,708
- Dia tujukannya kepada ayah.
- Dia benar-benar menafikannya.

961
01:11:27,750 --> 01:11:28,875
Dia dah sampai.

962
01:11:29,500 --> 01:11:31,791
Buka pintu, Anne, dan jangan bongkok.

963
01:11:32,958 --> 01:11:33,875
Pergilah cepat.

964
01:11:34,833 --> 01:11:35,666
Aduhai.

965
01:11:44,125 --> 01:11:45,000
Terima kasih.

966
01:11:53,375 --> 01:11:56,083
Nampaknya takdir menyebelahi saya.

967
01:11:56,166 --> 01:11:58,000
Saya sepupu awak, Anne.

968
01:11:58,083 --> 01:12:00,416
Sepupu? Menariknya.

969
01:12:00,500 --> 01:12:03,000
Tak serenggang orang yang di jalanan,

970
01:12:03,083 --> 01:12:05,166
namun tak serapat orang kesayangan.

971
01:12:05,250 --> 01:12:07,166
Tapi saya akan bekerja keras demi gelaran.

972
01:12:07,250 --> 01:12:10,166
Bertuahnya saya,
dia menawan dan kuat berusaha.

973
01:12:10,250 --> 01:12:11,375
Saya juga kaya.

974
01:12:11,458 --> 01:12:13,541
Mujurlah awak ingatkan kami.

975
01:12:13,625 --> 01:12:15,708
Apa yang sedang berlaku?

976
01:12:15,791 --> 01:12:18,000
Jangan risau,
dia cuma berlatih dengan saya.

977
01:12:21,666 --> 01:12:22,500
Mari.

978
01:12:48,458 --> 01:12:51,666
Dengar kata,
awak kerap melawat kakak saya.

979
01:12:51,750 --> 01:12:53,875
Dia gembira mendapat perhatian awak.

980
01:12:55,291 --> 01:12:59,541
Syukurlah dia mampu berasa gembira.

981
01:13:00,333 --> 01:13:04,375
Tapi saya tak terfikir tentang cinta
sehinggalah hari ini.

982
01:13:07,083 --> 01:13:11,083
Kalau awak bukan datang demi cinta jadi…

983
01:13:12,333 --> 01:13:14,000
Mestilah kerana Pn. Clay.

984
01:13:14,083 --> 01:13:15,375
Pn. Clay?

985
01:13:15,458 --> 01:13:19,250
Sebulan yang lalu, saya dapat tahu
yang pak cik saya tiba di Bath

986
01:13:19,333 --> 01:13:21,416
bersama seorang wanita kebanyakan.

987
01:13:22,083 --> 01:13:24,291
Ramai berasakan
yang wanita itu menggodanya.

988
01:13:24,916 --> 01:13:26,833
Perkahwinan mereka
akan menjadi buah mulut.

989
01:13:26,916 --> 01:13:29,333
Awak bimbangkan reputasi ayah saya?

990
01:13:29,416 --> 01:13:30,875
Bukan begitu.

991
01:13:30,958 --> 01:13:33,458
Saya cuma risau jika dia dapat anak lelaki

992
01:13:33,541 --> 01:13:37,125
yang akan merampas gelaran saya
dan estet saya.

993
01:13:37,208 --> 01:13:40,375
Jadi, saya perlu pastikan
yang mereka tak berkahwin.

994
01:13:41,250 --> 01:13:44,250
Saya dah kata,
saya akan kerja keras demi gelaran.

995
01:13:44,750 --> 01:13:48,833
Saya kagum dengan keterbukaan awak.

996
01:13:48,916 --> 01:13:50,333
Memberangsangkan, bukan?

997
01:13:52,166 --> 01:13:53,416
Saya gembira berjumpa awak.

998
01:13:53,500 --> 01:13:58,041
Saya ada dengar tentang kemalangan
yang menimpa ahli kumpulan awak di Lyme.

999
01:13:58,125 --> 01:13:59,208
Dia bagaimana?

1000
01:13:59,291 --> 01:14:03,125
Dia masih terlantar,
tapi keadaannya semakin baik,

1001
01:14:03,208 --> 01:14:05,041
menurut berita pagi tadi.

1002
01:14:05,125 --> 01:14:06,583
Terima kasih kerana bertanya.

1003
01:14:07,291 --> 01:14:10,541
- Awak tentu menderita.
- Itu tak benar sama sekali.

1004
01:14:11,833 --> 01:14:16,166
Awak sensitif dan ambil berat
tentang orang yang rapat dengan awak.

1005
01:14:16,250 --> 01:14:19,250
Malangnya kejadian itu.
Saya bersimpati dengan awak.

1006
01:14:21,208 --> 01:14:22,041
Terima kasih.

1007
01:14:27,041 --> 01:14:28,583
Pandai awak main piano.

1008
01:14:32,125 --> 01:14:36,000
- Pergilah. Saya merestuinya.
- Terima kasih atas restu awak.

1009
01:14:37,541 --> 01:14:38,750
- Syabas!

1010
01:14:38,833 --> 01:14:41,333
Syabas. Hebatnya muzik yang awak mainkan.

1011
01:14:44,041 --> 01:14:46,500
Dia cuba ambil hati saya
dengan berterus terang.

1012
01:14:47,250 --> 01:14:48,625
Ia tak berkesan.

1013
01:14:49,791 --> 01:14:50,750
Buat masa ini.

1014
01:14:51,416 --> 01:14:52,583
Mungkin takkan berkesan.

1015
01:14:54,083 --> 01:14:54,958
Bukan?

1016
01:15:29,291 --> 01:15:30,833
- Kenapa?
- Gembira.

1017
01:15:30,916 --> 01:15:33,541
Maaf, ayah terlalu gembira.

1018
01:15:35,500 --> 01:15:38,458
Viscountess Balu Dalrymple
dan anak perempuannya,

1019
01:15:38,541 --> 01:15:40,375
Yang Mulia Cik Carteret,

1020
01:15:40,458 --> 01:15:41,958
ada di Bath.

1021
01:15:44,333 --> 01:15:45,958
Kalian dah berlatih buat begini?

1022
01:15:46,041 --> 01:15:47,583
Dia sepupu kita!

1023
01:15:47,666 --> 01:15:49,666
Sepupu? Saya suka sepupu!

1024
01:15:50,250 --> 01:15:54,583
Kita guna istilah sepupu
untuk saudara terdekat,

1025
01:15:54,666 --> 01:15:57,875
bukan untuk mereka
yang bau-bau bacang saja.

1026
01:15:57,958 --> 01:16:01,333
Keluarga Dalrymple
tak tahu pun kita wujud.

1027
01:16:01,416 --> 01:16:04,166
Dengan beberapa lakaran,

1028
01:16:04,250 --> 01:16:07,666
kita boleh terangkan pertalian kita
dengan mereka

1029
01:16:07,750 --> 01:16:09,458
dalam kurang sejam.

1030
01:16:10,625 --> 01:16:13,708
- Tapi kenapa?
- Kenapa? Mereka golongan bangsawan.

1031
01:16:13,791 --> 01:16:15,916
Semua orang mahu mendekati mereka.

1032
01:16:16,000 --> 01:16:17,708
Tapi apa kelebihannya?

1033
01:16:18,291 --> 01:16:20,541
Anne, jangan buat-buat bodoh.

1034
01:16:22,833 --> 01:16:25,625
Cepat! Pakai pakaian terindah.

1035
01:16:25,708 --> 01:16:27,416
Kita akan mencapai…

1036
01:16:28,500 --> 01:16:29,458
kegemilangan.

1037
01:17:30,125 --> 01:17:32,375
Kadangkala, saya bermimpi

1038
01:17:32,958 --> 01:17:36,000
yang sotong kurita gergasi hisap muka saya

1039
01:17:36,083 --> 01:17:37,833
dan semasa cuba membebaskan diri,

1040
01:17:37,916 --> 01:17:41,125
saya tersedar yang tangan saya sesungut

1041
01:17:41,208 --> 01:17:42,750
dan saya gagal menolaknya.

1042
01:17:42,833 --> 01:17:45,958
Tapi kemudian, saya sedar yang sayalah…

1043
01:17:47,041 --> 01:17:48,916
sotong kurita itu dan saya…

1044
01:17:50,166 --> 01:17:52,208
yang hisap…

1045
01:17:53,666 --> 01:17:54,833
muka saya sendiri.

1046
01:18:00,458 --> 01:18:02,416
Sama macam kehidupan sebenar.

1047
01:18:02,500 --> 01:18:05,375
Orang yang kita anggap musuh

1048
01:18:05,458 --> 01:18:07,666
selalunya bayangan diri kita sendiri.

1049
01:18:07,750 --> 01:18:09,375
Betul, En. Elliot.

1050
01:18:11,166 --> 01:18:14,416
Lain kali, kalau awak jumpa sotong kurita,

1051
01:18:15,083 --> 01:18:18,125
mungkin awak patut memeluknya
dan bukan mengelaknya.

1052
01:18:18,875 --> 01:18:23,791
Belit diri awak dengan sesungutnya
dan biar diri awak terpaut padanya.

1053
01:18:26,666 --> 01:18:28,458
Mungkin cuma dalam mimpi awak.

1054
01:18:29,458 --> 01:18:31,375
Juga dalam mimpi saya.

1055
01:18:33,500 --> 01:18:36,916
Ia kerana saya makan keju

1056
01:18:37,000 --> 01:18:38,916
sejurus sebelum saya tidur.

1057
01:18:43,333 --> 01:18:44,916
Seronoknya pertemuan tadi.

1058
01:18:45,000 --> 01:18:46,500
Saya dah agak ia seronok.

1059
01:18:47,083 --> 01:18:50,875
Daya tarikan Sir Walter sukar ditepis,
walaupun oleh bangsawan.

1060
01:18:55,291 --> 01:18:57,833
Saudara bangsawan awak menghampakan awak.

1061
01:19:01,458 --> 01:19:04,083
Wanita teruk itu
tak boleh kahwini ayah awak.

1062
01:19:06,375 --> 01:19:07,791
Nanti dulu.

1063
01:19:07,875 --> 01:19:11,125
Awak lebih sanggup halang Pn. Clay
daripada memegang lengan ayah saya

1064
01:19:11,208 --> 01:19:13,083
daripada berbual dengan saya?

1065
01:19:13,666 --> 01:19:17,125
Wahai sotong kurita,
itu tak benar sama sekali.

1066
01:19:18,583 --> 01:19:19,500
Sebenarnya…

1067
01:19:22,708 --> 01:19:24,375
awak dah mula buat saya tertawan.

1068
01:19:25,291 --> 01:19:27,125
Sekarang, saya yang curiga.

1069
01:19:31,375 --> 01:19:33,208
Menakjubkan, bukan?

1070
01:19:36,833 --> 01:19:38,875
Perlukah kita semua ada tarikan?

1071
01:19:38,958 --> 01:19:42,000
Tidak. Saya tak kisah
kalau mereka membosankan,

1072
01:19:42,083 --> 01:19:44,583
asalkan saya tak perlu duduk
dengan mereka.

1073
01:19:46,958 --> 01:19:48,250
Dia bagaimana?

1074
01:19:52,583 --> 01:19:56,333
Dia mengurangkan kesedihan,
lebih daripada yang saya jangkakan.

1075
01:19:57,500 --> 01:20:02,375
Dia puji kamu malam itu.
Bunyinya macam dia menyukai kamu.

1076
01:20:03,125 --> 01:20:06,958
Lebih baik dia pilih orang lain saja.

1077
01:20:19,541 --> 01:20:23,000
Elizabeth mungkin suka terperuk
di dalam rumah,

1078
01:20:23,083 --> 01:20:26,000
tapi kehidupan itu
akan buat jiwa kamu kosong.

1079
01:20:26,083 --> 01:20:29,750
Pokoknya, mak cik harap
kamu terima lamaran En. Elliot

1080
01:20:29,833 --> 01:20:31,541
kalau dia melamar.

1081
01:20:32,083 --> 01:20:34,791
Itu berdasarkan
pengetahuan mak cik tentangnya.

1082
01:20:34,875 --> 01:20:39,500
Mak cik taklah kenal sangat dia,
tapi mak cik kenal kamu.

1083
01:20:39,583 --> 01:20:43,083
Dia bukan saja kaya dan beradab,

1084
01:20:43,791 --> 01:20:46,541
tapi mak cik rasa
kamu dah mula menyukainya.

1085
01:20:46,625 --> 01:20:49,333
Kalau tidak,
mak cik takkan beri nasihat itu.

1086
01:20:52,875 --> 01:20:55,375
Saya mengaku
saya memang mula rasa sesuatu.

1087
01:20:57,833 --> 01:21:02,291
Tapi kali ini, percayalah yang saya mampu
buat keputusan sendiri.

1088
01:21:03,291 --> 01:21:06,041
Saya perlu dengar kata hati saya sendiri.

1089
01:21:06,125 --> 01:21:09,750
Saya mengabaikannya dulu
dan tak dapat memaafkan diri sendiri.

1090
01:21:10,333 --> 01:21:12,125
Maksudnya, kamu tak memaafkan mak cik.

1091
01:21:18,625 --> 01:21:21,125
Mak cik kata begitu berikutan…

1092
01:21:23,125 --> 01:21:24,166
Berikutan apa?

1093
01:21:24,916 --> 01:21:27,791
Pertunangan Wentworth dengan Louisa.

1094
01:21:32,666 --> 01:21:34,250
Mak cik ingat kamu tahu.

1095
01:21:35,541 --> 01:21:38,916
Semua orang bercakap
tentang Louisa dan kaptennya.

1096
01:21:40,666 --> 01:21:41,958
Sayang.

1097
01:21:43,750 --> 01:21:45,083
Apa yang boleh mak cik bantu?

1098
01:21:48,000 --> 01:21:49,541
Saya mahu bersendirian.

1099
01:21:52,083 --> 01:21:54,291
Mak cik sedia membantu, kalau perlu.

1100
01:22:26,125 --> 01:22:28,291
Saya selalu bayangkan diri saya

1101
01:22:28,375 --> 01:22:30,000
berdepan dengan situasi ini

1102
01:22:31,875 --> 01:22:33,166
dengan tabah.

1103
01:22:36,625 --> 01:22:39,791
Saya akan kagumkan
diri saya dan orang lain

1104
01:22:41,083 --> 01:22:43,000
dengan kesabaran saya,

1105
01:22:44,708 --> 01:22:46,833
dan kemampuan saya menghadapinya.

1106
01:22:49,708 --> 01:22:51,833
Tugu akan dibina untuk saya.

1107
01:22:52,916 --> 01:22:54,500
"Tugu ini khas untuk Anne Elliot

1108
01:22:55,083 --> 01:22:57,000
yang mengalami kehilangan besar,

1109
01:22:57,541 --> 01:23:00,958
namun dia masih mampu
menghadapinya dengan tenang."

1110
01:23:53,958 --> 01:23:55,125
Anne.

1111
01:23:58,583 --> 01:23:59,916
Awak di sini.

1112
01:24:00,000 --> 01:24:02,041
Ya, nampaknya begitulah.

1113
01:24:02,791 --> 01:24:04,000
Awak bersendirian?

1114
01:24:05,916 --> 01:24:07,833
Saya sedang menunggu kawan saya.

1115
01:24:08,541 --> 01:24:09,375
Begitu, ya?

1116
01:24:10,250 --> 01:24:13,375
Hujan turun. Dia keluar
untuk mendapatkan kereta kuda.

1117
01:24:14,416 --> 01:24:15,750
Dia agak menawan.

1118
01:24:16,583 --> 01:24:19,250
- Baguslah begitu.
- Dia kelakar.

1119
01:24:19,958 --> 01:24:21,500
Seronok juga dapat ketawa.

1120
01:24:22,041 --> 01:24:24,416
Awak belum tahu tentang pertunangan itu.

1121
01:24:24,500 --> 01:24:27,583
Maaf, kuda kurang beri kerjasama
apabila hujan turun.

1122
01:24:29,958 --> 01:24:32,500
- Memperkenalkan…
- Kami cam satu sama lain.

1123
01:24:32,583 --> 01:24:33,541
Benar.

1124
01:24:37,541 --> 01:24:39,125
Ini Kapten Wentworth.

1125
01:24:39,208 --> 01:24:41,833
Ya, kawan baik awak, Kapten Wentworth.

1126
01:24:42,333 --> 01:24:46,416
Syukurlah kini saya dapat minta maaf
atas sikap saya di Lyme.

1127
01:24:47,125 --> 01:24:49,625
Saya terkasar bahasa
kerana takjub melihat…

1128
01:24:50,500 --> 01:24:52,291
makhluk yang mempesonakan ini.

1129
01:24:52,375 --> 01:24:54,583
Jangan panggil saya makhluk.

1130
01:24:54,666 --> 01:24:56,166
Bagaimana dengan…

1131
01:24:57,125 --> 01:24:58,583
Wanita?

1132
01:24:58,666 --> 01:25:01,666
- Salahkah perkataan itu?
- Kita bincang kemudian.

1133
01:25:01,750 --> 01:25:03,625
Kenapa kamu lambat sangat?

1134
01:25:04,500 --> 01:25:06,375
Tunggu sebentar.

1135
01:25:07,000 --> 01:25:10,750
- Esok ada konsert. Sertailah kami.
- Saya tak mahu mengganggu.

1136
01:25:10,833 --> 01:25:11,958
Ganggu apa?

1137
01:25:13,208 --> 01:25:15,166
Jadi, awak boleh datang. Bagus.

1138
01:25:15,250 --> 01:25:17,875
Kita pergi berempat,
saya, awak, dia dan lagu indah.

1139
01:25:22,250 --> 01:25:24,041
Dia agak luar biasa, bukan?

1140
01:25:24,750 --> 01:25:25,916
Malah, unik.

1141
01:25:27,500 --> 01:25:30,375
- Saya suka melihat awak gembira.
- Terima kasih.

1142
01:25:31,750 --> 01:25:33,250
Semoga awak juga gembira.

1143
01:25:37,291 --> 01:25:39,375
Anne, kita patut beredar sekarang.

1144
01:25:40,000 --> 01:25:41,375
Kita jumpa lagi esok.

1145
01:25:48,833 --> 01:25:50,666
- Anne! Cepat sikit!
- Masuklah.

1146
01:26:17,583 --> 01:26:18,666
Selamat malam.

1147
01:26:21,375 --> 01:26:22,500
Mari kita masuk.

1148
01:26:28,958 --> 01:26:30,208
Apa khabar Louisa?

1149
01:26:30,291 --> 01:26:31,875
Sangat baik.

1150
01:26:31,958 --> 01:26:34,041
Tapi belum betul-betul sembuh.

1151
01:26:34,125 --> 01:26:37,125
Dia perlukan masa dan cinta
untuk pulih sepenuhnya.

1152
01:26:38,541 --> 01:26:39,375
Baguslah.

1153
01:26:42,541 --> 01:26:45,333
Saya harap kita boleh lagi
berjumpa di Bath.

1154
01:26:45,416 --> 01:26:47,541
Saya tak pasti sampai bila.

1155
01:26:47,625 --> 01:26:51,833
Saya dalam dilema. Saya dapat tawaran
untuk bekerja di atas kapal.

1156
01:26:54,083 --> 01:26:58,541
Ia berangkat ke Malta Sabtu ini,
jadi saya perlu buat keputusan segera.

1157
01:26:58,625 --> 01:27:00,291
Bunyinya sangat menarik.

1158
01:27:00,375 --> 01:27:01,666
Ia memang menarik.

1159
01:27:01,750 --> 01:27:04,416
Saya suka tugas itu
dan mahu berkhidmat, tapi…

1160
01:27:04,500 --> 01:27:06,000
Maaf kerana mengganggu,

1161
01:27:06,083 --> 01:27:08,833
tapi saya perlukan Anne sebentar.

1162
01:27:09,416 --> 01:27:12,041
Dia fasih berbahasa Itali.
Tak sangka, bukan?

1163
01:27:12,125 --> 01:27:15,291
- Tolong terjemahkan atur cara.
- Tunggu sebentar.

1164
01:27:16,000 --> 01:27:19,250
Anne, tolong terjemahkan bahasa Itali
untuk sepupu kita.

1165
01:27:28,708 --> 01:27:31,791
Saya harap awak dapat menghadiri
perkahwinan kami.

1166
01:27:33,541 --> 01:27:35,833
Anne akan kecewa jika awak tak datang.

1167
01:27:37,500 --> 01:27:40,125
Persahabatan kalian amat berharga baginya.

1168
01:29:36,791 --> 01:29:37,625
Frederick!

1169
01:29:39,166 --> 01:29:42,833
Saya harap kita boleh teruskan
perbualan kita.

1170
01:29:43,541 --> 01:29:45,625
Itu tak mungkin.

1171
01:29:47,833 --> 01:29:50,375
Saya baru buat keputusan untuk belayar.

1172
01:29:51,083 --> 01:29:53,041
Saya perlu buat banyak persiapan.

1173
01:29:53,125 --> 01:29:55,333
Maaf, saya mengganggu lagi.

1174
01:29:55,416 --> 01:29:58,333
Tak apa. Saya sebenarnya yang mengganggu.

1175
01:30:01,083 --> 01:30:02,625
Nikmatilah bahagian kedua.

1176
01:30:03,708 --> 01:30:04,666
Sudah tentu.

1177
01:30:06,583 --> 01:30:09,250
- Saya tak berniat buat awak…
- Tolong diam.

1178
01:30:09,333 --> 01:30:11,333
Awak potong cakap saya.

1179
01:30:11,833 --> 01:30:13,583
Biar saya cakap dulu.

1180
01:30:14,916 --> 01:30:17,583
Saya tak biasa dengan perasaan ini.

1181
01:30:18,291 --> 01:30:20,791
Saya cuba belajar daripada awak demi awak.

1182
01:30:21,291 --> 01:30:23,875
Awak amat istimewa
dan ia menggerunkan saya.

1183
01:30:26,000 --> 01:30:28,250
Tapi saya mahu memperisterikan awak.

1184
01:30:28,833 --> 01:30:30,875
Ia akan menggembirakan saya.

1185
01:30:34,250 --> 01:30:35,458
Isteri?

1186
01:30:35,541 --> 01:30:37,541
Awak tak perlu jawab sekarang.

1187
01:30:38,541 --> 01:30:40,416
Tapi tolong pertimbangkannya.

1188
01:30:45,625 --> 01:30:47,541
Betul cakap kapten.

1189
01:30:49,916 --> 01:30:52,583
Dia memang unik.

1190
01:31:15,458 --> 01:31:17,041
Charles, cepatlah!

1191
01:31:26,125 --> 01:31:28,541
Perjalanan jauh buat kaki saya kebas.
Tolong urut.

1192
01:31:28,625 --> 01:31:30,375
Apa awak buat di sini?

1193
01:31:30,458 --> 01:31:32,333
Saya nak jemput kakak.

1194
01:31:33,000 --> 01:31:36,291
Saya mahu kakak dan Charles
layan saya bercakap di rumah penginapan.

1195
01:31:36,375 --> 01:31:37,750
Kami datang melawat.

1196
01:31:38,750 --> 01:31:43,625
Sejak kemalangan Louisa,
hidup terasa sangat rapuh dan singkat.

1197
01:31:44,750 --> 01:31:48,125
Jadi, kita perlu tinggalkan anak
demi diri sendiri.

1198
01:31:49,208 --> 01:31:52,708
Lagipun, tak adillah
jika kakak dan Kak Elizabeth merambu

1199
01:31:52,791 --> 01:31:56,958
dengan En. Elliot dan sepupu lain
tanpa memperkenalkan saya,

1200
01:31:57,041 --> 01:32:01,000
padahal sayalah yang paling berbakat
antara kita bertiga.

1201
01:32:04,375 --> 01:32:06,083
Kakak dah dengar khabar?

1202
01:32:06,166 --> 01:32:07,875
Louisa akan mengahwini kelasi

1203
01:32:07,958 --> 01:32:11,166
dan Henrietta akan mengahwini
Henry Hayter, pembantu paderi itu.

1204
01:32:11,250 --> 01:32:12,750
Mary, ingat senarai awak.

1205
01:32:12,833 --> 01:32:14,041
Saya terlupa.

1206
01:32:14,916 --> 01:32:19,250
Doktor suruh saya lebih banyak bersyukur
demi kesihatan saya.

1207
01:32:20,208 --> 01:32:23,916
Apabila perkara buruk menimpa,
saya perlu fikir perkara positif.

1208
01:32:24,000 --> 01:32:27,708
Contohnya, adik-beradik saya dilamun cinta
dan akan berkahwin?

1209
01:32:29,375 --> 01:32:33,333
- Itu bukan perkara positif bagi saya.
- Saya tumpang gembira.

1210
01:32:33,916 --> 01:32:35,833
Saya akan melawat kalian nanti.

1211
01:32:36,416 --> 01:32:37,666
Kakak nak ke mana?

1212
01:32:38,416 --> 01:32:40,458
Kakak ada rancangan lain.

1213
01:32:42,541 --> 01:32:43,833
Rancangan apa?

1214
01:32:44,458 --> 01:32:49,500
Di tingkat atas? Kakak tiada kawan
dan semua saudara kakak tinggal di sini.

1215
01:32:49,583 --> 01:32:51,375
Saya tak suka, tapi dia betul.

1216
01:32:51,458 --> 01:32:57,250
Saya juga dilarang pulang tanpa awak.
Anggaplah ia pertemuan semula geng Lyme.

1217
01:32:58,416 --> 01:33:03,208
Kapten Harville teringin
berjumpa semula dengan awak.

1218
01:33:03,291 --> 01:33:05,416
Dia dah pergi jemput Wentworth.

1219
01:33:05,958 --> 01:33:08,291
Malangnya awak ada rancangan lain.

1220
01:33:11,250 --> 01:33:18,250
RUMAH PENGINAPAN WHITE HART

1221
01:33:22,666 --> 01:33:23,583
Anne.

1222
01:33:25,000 --> 01:33:26,500
Saya rindukan awak.

1223
01:33:26,583 --> 01:33:29,666
Kita perlu buat majlis perpisahan
untuk Wentworth.

1224
01:33:29,750 --> 01:33:33,500
Mestilah. Kita boleh minum, main kad.

1225
01:33:34,000 --> 01:33:36,458
Tapi Anne ada rancangan lain.

1226
01:33:37,041 --> 01:33:39,583
- Saya tak pandai main kad.
- Memang betul.

1227
01:33:42,666 --> 01:33:45,291
Tapi itu dulu. Masa banyak mengubah kita.

1228
01:33:45,375 --> 01:33:47,416
Saya tak banyak berubah.

1229
01:33:49,250 --> 01:33:51,083
Maaf, ya. Tapi saya akan kacau awak

1230
01:33:51,166 --> 01:33:54,000
selagi Laksamana Croft
belum terima surat itu.

1231
01:33:54,083 --> 01:33:56,958
Awak selalu mengelat kebelakangan ini.

1232
01:33:57,041 --> 01:33:57,875
Sudah tentu.

1233
01:34:05,958 --> 01:34:06,916
Dah selesai?

1234
01:34:08,708 --> 01:34:09,708
Rasanya.

1235
01:34:15,250 --> 01:34:16,500
Tunggu sebentar, ya.

1236
01:34:25,416 --> 01:34:27,625
Awak nampak sedih, Kapten Harville.

1237
01:34:28,375 --> 01:34:30,375
Sebenarnya, saya patut gembira.

1238
01:34:30,458 --> 01:34:33,083
Kapten Benwick sudah menemui cinta.

1239
01:34:33,166 --> 01:34:34,708
Baguslah.

1240
01:34:35,375 --> 01:34:36,875
Awak sepatutnya gembira.

1241
01:34:36,958 --> 01:34:39,958
Awak bersungguh-sungguh
mahu melihat dia bahagia.

1242
01:34:40,041 --> 01:34:43,541
Saya cuma terkejut
dengan kesannya terhadap saya.

1243
01:34:44,416 --> 01:34:48,750
Penderitaannya buat saya rasa
seolah-olah adik saya masih hidup.

1244
01:34:50,708 --> 01:34:54,125
Kasihan Fanny. Fanny tentu
takkan melupakannya secepat itu.

1245
01:34:54,208 --> 01:34:56,166
Itu sudah pasti.

1246
01:34:56,708 --> 01:34:59,875
Wanita tak mudah melupakan lelaki
seperti lelaki melupakan kami.

1247
01:35:01,041 --> 01:35:03,958
Cinta wanita tak tercapai dek akal.

1248
01:35:04,666 --> 01:35:06,333
Itu memang sifat kami.

1249
01:35:06,916 --> 01:35:10,750
Saya tak berani kata yang saya tahu
beza antara lelaki dan wanita.

1250
01:35:10,833 --> 01:35:12,375
Tapi saya tahu.

1251
01:35:12,458 --> 01:35:16,166
Saya cuma berani kata
yang cinta kami bertahan lebih lama.

1252
01:35:16,958 --> 01:35:21,250
Kami mencinta
walaupun setelah harapan sudah tiada.

1253
01:35:22,541 --> 01:35:25,125
Kami mencinta kerana hati yang memaksa.

1254
01:35:31,666 --> 01:35:33,208
Saya dah selesai.

1255
01:35:33,291 --> 01:35:34,208
Terima kasih.

1256
01:35:45,625 --> 01:35:47,875
Tak ada gunanya saya lawan cakap awak.

1257
01:35:48,750 --> 01:35:52,958
Saya rasa Fanny akan gembira
melihat Benwick disayangi.

1258
01:35:53,041 --> 01:35:55,208
Fanny bukan jenis yang cemburu.

1259
01:35:55,291 --> 01:35:58,750
Entah-entah roh adik saya

1260
01:35:58,833 --> 01:36:00,416
yang buat Louisa terjatuh

1261
01:36:00,500 --> 01:36:03,291
kerana dia tahu takdir yang akan menyusul.

1262
01:36:04,041 --> 01:36:04,958
Louisa?

1263
01:36:07,625 --> 01:36:08,750
Saya dah kata,

1264
01:36:09,458 --> 01:36:12,583
takdir sebaik-baik perancang.

1265
01:36:13,625 --> 01:36:17,000
Semasa awak suruh Benwick dapatkan doktor,

1266
01:36:17,083 --> 01:36:20,791
awak tentu tak sangka
jodoh yang awak bakal pertemukan.

1267
01:36:20,875 --> 01:36:23,166
Saya tak faham maksud awak.

1268
01:36:23,250 --> 01:36:26,208
Pertunangan Louisa dengan Kapten Benwick.

1269
01:36:26,291 --> 01:36:29,708
Cinta yang tumbuh
semasa Kapten Benwick menjaga Louisa

1270
01:36:29,791 --> 01:36:31,583
sepanjang tempoh pemulihannya.

1271
01:36:33,125 --> 01:36:35,041
Awak ingat saya maksudkan siapa?

1272
01:36:36,291 --> 01:36:37,208
Entahlah.

1273
01:36:38,916 --> 01:36:41,750
Saya akan hantar surat ini
kepada Laksamana Croft.

1274
01:37:09,208 --> 01:37:10,333
"Ke hadapan Anne…

1275
01:37:14,708 --> 01:37:16,958
Aku tak mampu lagi hanya mendengar.

1276
01:37:17,541 --> 01:37:20,750
Anne, kata-katamu menusuk jiwaku.

1277
01:37:21,875 --> 01:37:24,791
Jangan sesekali kata
lelaki mudah melupakan wanita

1278
01:37:25,875 --> 01:37:28,083
dan cintanya lebih awal mati.

1279
01:37:29,500 --> 01:37:32,250
Aku merana, namun, masih mengharap.

1280
01:37:33,375 --> 01:37:37,625
Aku tahu kau bakal mengahwini En. Elliot,
tapi aku mahu kau tahu

1281
01:37:39,291 --> 01:37:41,500
bahawa aku pergi ke Bath keranamu.

1282
01:37:41,583 --> 01:37:43,791
Keranamu, aku mengatur rancangan.

1283
01:37:45,791 --> 01:37:48,916
Namun, mana mungkin kau akan menyedarinya…

1284
01:37:51,958 --> 01:37:54,916
kerana cintamu tak bertahan
selama cintaku.

1285
01:37:57,000 --> 01:37:57,833
Anne…

1286
01:38:00,958 --> 01:38:02,958
hanya kau saja yang aku cintai

1287
01:38:04,416 --> 01:38:06,500
dan aku tak mungkin bercinta lagi."

1288
01:38:24,166 --> 01:38:25,250
Anne.

1289
01:38:27,041 --> 01:38:29,916
- Saya boleh jelaskan…
- Semoga kalian bahagia.

1290
01:38:40,125 --> 01:38:42,416
"Aku dah cuba meluahkan perasaan ini.

1291
01:38:43,000 --> 01:38:45,916
Namun mulutku terkunci
dek cinta tak terbalas.

1292
01:38:47,291 --> 01:38:49,541
Katakanlah yang aku belum terlambat."

1293
01:38:50,333 --> 01:38:51,166
Frederick!

1294
01:38:52,875 --> 01:38:55,583
"Cintaku terhadapku tak pernah pudar."

1295
01:40:28,750 --> 01:40:30,666
Ada pelbagai jenis cinta.

1296
01:40:32,791 --> 01:40:36,583
Bagi sesetengah orang,
pasangan yang tepat mungkin menguntungkan.

1297
01:40:45,916 --> 01:40:49,500
Bagi yang lain pula,
hubungan murni menggembirakan hati.

1298
01:41:01,166 --> 01:41:02,166
Mereka di mana?

1299
01:41:05,708 --> 01:41:08,208
Tak salah mencari cinta menurut cara kita.

1300
01:41:08,291 --> 01:41:10,958
PELANCONGAN KE EROPAH
PENUH GAYA, PENUH RAHSIA

1301
01:41:11,416 --> 01:41:13,500
Walaupun ia melanggar lumrah dunia.

1302
01:41:24,541 --> 01:41:27,458
Jangan biar orang lain
menentukan hidup kita.

1303
01:41:29,708 --> 01:41:31,208
Atau cinta hati kita.

1304
01:41:32,166 --> 01:41:34,208
Saya belajar daripada kesilapan saya.

1305
01:41:37,208 --> 01:41:41,291
Condongkan sekstan
sampai imej matahari selari dengan ufuk.

1306
01:41:45,500 --> 01:41:47,083
Ia dah selari.

1307
01:41:47,166 --> 01:41:51,000
Sudut itu dipanggil penglihatan awak.
Ingat sudut itu.

1308
01:41:51,083 --> 01:41:55,625
Kemudian, dengan persamaan matematik,
kira ketinggian tebing,

1309
01:41:56,208 --> 01:41:58,291
dan seterusnya, kira garis lintang.

1310
01:42:00,833 --> 01:42:01,833
Itu saja?

1311
01:42:03,458 --> 01:42:07,416
Saya takkan beritahu sesiapa
yang pelayaran laut mudah saja.

1312
01:42:07,500 --> 01:42:10,083
Nanti tercemar pula reputasi tentera laut.

1313
01:42:10,166 --> 01:42:13,541
Bagi pihak raja,
terima kasih kerana merahsiakannya.

1314
01:42:15,250 --> 01:42:19,166
Saya ada terfikir,
mungkin kita boleh singgah di Venice

1315
01:42:19,250 --> 01:42:21,125
dalam perjalanan ke Constantinople.

1316
01:42:21,875 --> 01:42:24,250
Awak tahu apa yang kita perlu
untuk ubah haluan?

1317
01:42:24,750 --> 01:42:25,666
Ya, saya tahu.

1318
01:42:27,000 --> 01:42:28,666
Berdasarkan pengalaman saya.

1319
01:43:21,083 --> 01:43:23,875
BERDASARKAN NOVEL "PERSUASION" KARYA
JANE AUSTEN

1320
01:47:33,041 --> 01:47:36,208
Terjemahan sari kata oleh
Noorsalwati Nordin



